Terkini Dan Sensasi

Koleksi Berita Semasa Dan Info Menarik

Wira Merah serbu Bukit Jalil


SEMANGAT membara di kalangan penyokong fanatik Kelantan seperti tidak dapat dibendung lagi apabila masing-masing tidak sabar untuk menanti final Piala Malaysia menentang Negeri Sembilan di Stadium Nasional, Bukit Jalil malam ini.

Mereka sudah menunggu detik gemilang itu sejak 39 tahun lalu dan hara- pan mereka hanya satu iaitu untuk melihat Kelantan memahat nama sebagai juara.

Sebagai tanda sokongan tidak berbelah bahagi, seramai 160 orang penyokong akan berkonvoi menaiki 40 buah kereta jenis Perodua Myvi dan Viva dengan mengibarkan bendera negeri Cik Siti Wan Kembang itu.

Konvoi itu merupakan usaha sama buat julung-julung kali antara Kelab Kereta Viva Kelantan (ProV Club) dan Kelab Penyokong Kelantan.

Pengerusi ProV Club, Tazmir Arif berkata, rata-rata ahli kelab yang merupakan peminat bola sepak tempatan telah mencadangkan program konvoi itu sejurus skuad Kijang berjaya melangkah ke perlawanan akhir.

Katanya, pergerakan konvoi itu akan melalui jajahan-jajahan di Kelantan iaitu Bachok, Pasir Puteh, Kuala Krai dan Gua Musang bagi membangkitkan semangat Wira Merah sebelum terus ke Kuala Lumpur.

"Kemeriahan seperti ini sudah lama ditunggu. Para penyokong tidak mahu terlepas untuk memberi sokongan kepada skuad ini seterusnya memastikan kemenangan berpihak kepada kita," kata Tazmir semalam.

Setiausaha Kelab Penyokong Kelantan, Harun Ali memberitahu, sebanyak 150 buah bas akan berlepas malam ini membawa seramai 6,000 penyokong ke Bukit Jalil

"Saya menjangkakan lebih 25,000 penyokong dari Kota Bharu akan ke Bukit Jalil menaiki bas, kenderaan persendirian dan kemudahan lain yang disediakan.

"Beberapa kelab motosikal dan kereta telah menyatakan persetujuan untuk berkonvoi selain mereka yang akan menggunakan kenderaan persendirian," tambahnya.

-KOSMO

0 comments:

Post a Comment

Ada pendapat? Sila tinggalkan komen anda.
Gunakan bahasa yang sopan.
Terima kasih.

Followers

Shoutbox


ShoutMix chat widget