tag:blogger.com,1999:blog-80020893600468964542024-03-05T06:06:28.136-08:00Terkini Dan SensasiKoleksi Berita Semasa Dan Info MenarikMr Lonelyhttp://www.blogger.com/profile/17860679304595774623noreply@blogger.comBlogger88125tag:blogger.com,1999:blog-8002089360046896454.post-59270620788698204242009-12-27T01:43:00.000-08:002009-12-27T01:44:06.472-08:00Harga minimum rokok RM6.40 mulai Jumaat iniKUALA LUMPUR: Mulai Jumaat ini harga minimum rokok ditetapkan RM6.40 bagi 20 batang apabila Kementerian Kesihatan menguatkuasakan Peraturan Harga Minimum Rokok dan Larangan Promosi Harga menerusi Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau(Pindaan)(No.2) 2009 yang diwartakan.
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai, berkata dengan penguatkuasaan peraturan itu semua rokok yang dijual dalam negara hendaklah pada harga tidak kurang daripada harga minimum ditetapkan yang dikira 32 sen bagi setiap batang rokok.
"Ini menjadikan harga minimum bagi paket yang mengandungi 20 batang rokok ialah RM6.40, 21 batang rokok (RM6.70), 22 batang rokok (RM7.05), 23 batang rokok (RM7.35), 24 batang rokok (RM7.70) dan RM8 bagi paket yang mengandungi 25 batang rokok," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Beliau berkata, mereka yang sabit kesalahan melanggar mana-mana peruntukan di bawah peraturan itu boleh didenda sehingga RM10,000 atau penjara dua tahun atau kedua-duanya sekali.
Liow berkata, dengan berkuatkuasanya peraturan itu juga semua syarikat rokok dikehendaki mengisytiharkan senarai harga jualan runcit produk keluaran mereka kepada kementerian sebelum 15 Januari ini.
Katanya, semua rokok di pasaran tempatan hendaklah dijual pada harga tidak kurang daripada harga minimum rokok dan notis harga minimum itu hendaklah dipamerkan secara jelas di kaunter jualan tanpa logo, jenama, tanda niaga atau deskripsi berkaitan rokok yang dijual.
Liow juga, berkata penjualan rokok pada harga yang lebih rendah adalah dilarang.
Bagaimanapun, katanya, syarikat rokok dibenarkan membuat pelarasan harga hanya sebanyak tiga kali setahun dan perbezaan harga tidak boleh melebihi 5 peratus.
Katanya, peraturan itu juga melarang penjualan rokok yang mempunyai label "diskaun, harga istimewa, tawaran istimewa, promosi, promo, edisi terhad dan tawaran" atau apa-apa perkataan lain yang membawa erti diskaun atau jualan murah berbanding harga jualan runcit pada bungkusan atau label rokok atau tempat jualan rokok tersebut.
Liow berkata, tujuan peraturan itu dikuatkuasakan adalah untuk mengurangkan kebolehcapaian dan kemampuan membeli rokok terutamanya oleh kanak-kanak, remaja dan golongan berpendapatan rendah selain membendung aktiviti promosi rokok melalui pemberian diskaun yang berlebihan.
"Demi menjaga kepentingan kanak-kanak dan remaja dari terjebak dengan ketagihan rokok dan seterusnya kemungkinan risiko menyalahgunaan dadah dan penularan penyakit kronik, kerajaan komited untuk mengambil pendekatan mengurangkan kebolehcapaian dan kemampuan membeli rokok oleh golongan ini," katanya.
Liow berkata, banyak kajian membuktikan bahawa peningkatan cukai dan harga rokok mampu mengurangkan kadar merokok dalam masyarakat terutamanya di kalangan kanak-kanak, remaja dan golongan berpendapatan rendah.
"Hasil kajian yang dibuat pada 2004 di Malaysia menunjukkan bahawa dengan peningkatan harga rokok sebanyak 10 peratus, ia akan dapat mengurangkan penggunaan terhadap rokok 3.8 peratus," katanya. - Bernama
Mr Lonelyhttp://www.blogger.com/profile/17860679304595774623noreply@blogger.com4tag:blogger.com,1999:blog-8002089360046896454.post-45296859405654406162009-12-27T01:41:00.000-08:002009-12-27T01:43:03.293-08:00Buah dada besarBAGI lelaki sejati, mempunyai buah dada besar adalah perkara memalukan. Namun, jika itu berlaku disebabkan obesiti dan lemak, ia bukan sesuatu yang membimbangkan kerana hanya perlukan disiplin diet yang ketat untuk mengatasinya.
Cuma, perkara yang perlu diberi perhatian ialah buah dada membesar di kalangan lelaki akibat Gynecomastia. Ia istilah teknikal perubatan mengenai fenomena buah dada lelaki membesar.
Antara Gynecomastia paling kerap berlaku dikenali sebagai ‘Pubertal Mastitis‘ atau ketumbesaran buah dada akibat akil baligh, yang mana isu ini pernah saya kupas sebelum ini.
Ia berlaku akibat tindak balas hormon Estrogen yang dihasilkan pundi Adrenal dan pada masa sama akibat buah zakar membesar pada peringkat awal baligh tetapi mengecut dua atau tiga tahun kemudian.
Bagaimanapun, perkembangan dunia perubatan baru-baru ini mendedahkan, keghairahan lelaki meningkatkan kemampuan seksual tanpa memikirkan kesan negatif akibat bahan yang diambil turut menjadi faktor penyumbang.
Antaranya, beberapa krim herba mengandungi butea superba, minyak lavender dan minyak tea tree. Jika bahan ini digunakan sebagai krim badan atau untuk anggota sulit sebagai krim ‘pembesar’ zakar ia boleh mengakibatkan kemunculan buah dada di kalangan lelaki muda.
Sehubungan itu, penting untuk kita berhati-hati apabila mengguna losyen atau krim untuk alat sulit bagi mengelak tindak balas sampingan sehingga mengakibatkan buah dada anda membesar.
Berbalik kepada masalah Gynecomastia, anda tidak perlu bimbang kerana dengan rawatan bersesuaian, masalah ini dapat diatasi. Misalnya, kes Hipogonadisme atau keadaan kekurangan hormon Testosterone di kalangan lelaki yang menyebabkan tindak balas hormon Estrogen merangsang ketumbesaran buah dada.
Apabila hormon Testosterone diberikan sebagai mengganti hormon yang kurang, masalah ketumbesaran buah dada terkawal. Kadangkala ubat tertentu seperti ubat Cimetidine (untuk gastrik) atau Ketoconazole (ubat nyah kulat) jika dimakan lama boleh menyebabkan kemunculan buah dada di kalangan lelaki.
Lelaki yang mengalami kerosakan buah zakar atau kanser buah zakar juga mempunyai buah dada besar seperti anak dara sunti. Justeru, sangat mustahak untuk lelaki sudah baligh dua atau tiga tahun tetapi mendapati buah dadanya masih membesar merujuk kepada doktor untuk menjalani pemeriksaan buah zakar.
Kadangkala barah buah zakar itu kecil dan tidak dapat dirasa dengan cara pemeriksaan kendiri. Ujian darah Beta HCG dan Alfa-Feto Protein jika positif menggambarkan kemungkinan barah buah zakar.
Lemak yang banyak di paras dada memberi gambaran seolah-olah buah dada besar, tetapi itu bukan buah dada, sebaliknya lemak.
Sama juga dengan kes otot dada yang mantap akan kelihatan seperti buah dada besar. Lelaki gempal tidak perlu khuatir jika buah dada mereka besar dan paling mustahak sekiranya ia membesar pada saiz agak luar biasa, mustahak untuk berjumpa doktor bagi menjalani pemeriksaan dan rawatan sewajarnya.Mr Lonelyhttp://www.blogger.com/profile/17860679304595774623noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-8002089360046896454.post-4085205503295721452009-12-27T01:40:00.000-08:002009-12-27T01:41:24.348-08:00Penyokong Pas Selangor gesa parti keluar pakatanSHAH ALAM: Sebuah kumpulan yang menggelar diri mereka sebagai Gerakan Penyokong dan Pengundi Pas Selangor mendesak parti itu keluar daripada pakatan pembangkang negeri ekoran rasa tidak puas hati terhadap pimpinan kerajaan campuran Selangor dalam memperjuangkan Islam dan bangsa Melayu sebenarnya.
Ketua kumpulan itu, Wan Hilman Abdul Rahim, berkata pihaknya merasakan rakan sekutu, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP cuba membelakangi Pas dalam membuat keputusan walaupun parti itu turut berada dalam pentadbiran kerajaan negeri Selangor.
"Kami merasakan PAS dipermainkan dan dibelakangi dalam membuat keputusan...kami tidak puas hati dengan cara kerajaan negeri Selangor menjaga rakyat, khususnya bangsa Melayu dan kepentingan Islam.
"Justeru, kami mahu Pas mengkaji semula kedudukan mereka dalam pakatan rakyat di Selangor," kata beliau kepada pemberita selepas mengadakan perhimpunan aman bersama 21 penyokong Pas bagi mendesak parti itu keluar daripada pakatan pembangkang di perkarangan pejabat perhubungan Pas Selangor dekat sini.
Sementara itu, Wan Hilman yang juga anggota Pas dari kawasan Gombak menafikan dakwaan kononnya kumpulannya didalangi Umno Selangor dan Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Beliau berkata, satu memorandum akan diserahkan kepada Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr Hassan Ali, esok pagi di pejabatnya di sini. - BernamaMr Lonelyhttp://www.blogger.com/profile/17860679304595774623noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-8002089360046896454.post-46199780673910758152009-12-27T01:39:00.000-08:002009-12-27T01:40:24.880-08:00Tidak adil salahkan Ketua Whip BN - Nazri
KUALA LUMPUR 26 Dis. - Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz berpendapat adalah tidak adil Ketua Whip Barisan Nasional (BN) dipersalahkan atas kegagalan wakil rakyat parti itu hadir pada sidang Dewan Rakyat bagi meluluskan Bajet 2010 baru-baru ini.
Ini kerana, tegas beliau, kehadiran pada sidang Dewan Rakyat menjadi tanggungjawab setiap Ahli Parlimen.
Beliau turut menjelaskan, jawatan Ketua Whip BN kini disandang Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan bukannya beliau seperti didakwa Naib Ketua Wanita UMNO, Datuk Kamilia Ibrahim.
"Kita tidak boleh salahkan Ketua Whip sebaliknya kesalahan ini harus diletakkan di atas bahu semua wakil rakyat yang tidak hadir pada malam tersebut kerana gagal menjalankan tugas dengan baik.
"Justeru, bukannya Timbalan Perdana Menteri yang perlu meletakkan jawatan sebagai Ketua Whip tetapi semua wakil rakyat yang tidak hadir sepatutnya meletakkan jawatan," katanya kepada Mingguan Malaysia di sini hari ini.
Di Kuala Kangsar semalam, Kamilia mencabar Mohamed Nazri meletak jawatan sebagai Ketua Whip BN kerana gagal memastikan wakil kerajaan hadir pengundian bagi meluluskan Bajet 2010 di Dewan Rakyat baru-baru ini.
Kamilia berkata, tugas serta tanggungjawab itu penting dan perlu dipandang serius oleh semua wakil rakyat BN.
Dalam pada itu, menurut Mohamed Nazri, beliau tidak pernah mengabaikan tugasnya sebagai menteri bertanggungjawab terhadap hal ehwal Parlimen.
"Malah pada malam tersebut saya telah menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada wakil rakyat BN yang tidak hadir supaya segera datang ke Dewan Rakyat bagi menyokong meluluskan Bajet 2010," katanya.
Beliau bertindak demikian setelah sedar ada sesuatu yang tidak kena sedang berlaku.
"Semasa itu pukul 8 malam. Saya berusaha sedaya upaya untuk memastikan kedatangan wakil rakyat BN dengan menghantar seberapa banyak SMS," katanya.
Dalam perkembangan berkaitan, beliau berkata, setiap wakil rakyat harus faham mengenai bidang tugas mereka khususnya ketika sidang Parlimen sedang berjalan.
"Saya sebenarnya tiada kuasa meminta mereka datang. Apa yang boleh saya buat adalah memberitahu situasi yang berlaku dan terpulang kepada mereka untuk datang atau sebaliknya.
"Apa yang pasti saya telah melakukan yang terbaik untuk memastikan kedatangan wakil rakyat BN," katanya.
Mengenai cabaran Kamilia itu, beliau mahu Naib Ketua Wanita UMNO itu menghalakan cabaran tersebut kepada Muhyiddin.
"Saya tidak pasti sama ada Kamilia sedar atau tidak dengan kenyataannya itu. Jawatan Ketua Whip BN bukan menteri yang pegang sebaliknya jawatan tersebut dipegang oleh Timbalan Perdana Menteri.
"Kenyataan ini perlu diperbetulkan bagi mengelakkan timbulnya sebarang kekeliruan di kalangan masyarakat dan dalam masa sama memperbetulkan fakta yang saya bukannya Ketua Whip," tambahnya.
-UTUSAN
Mr Lonelyhttp://www.blogger.com/profile/17860679304595774623noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-8002089360046896454.post-10407206852993968812009-12-27T01:36:00.000-08:002009-12-27T01:38:17.680-08:00Usah minta ‘bukan-bukan’SEKS oral membabitkan rangsangan seksual yang dialami lelaki atau wanita apabila anggota kelamin dirangsang dengan mulut atau lidah.
Dalam pandangan Islam, seks oral boleh dilakukan dan sesetengah ulama menyatakan tertelan air mani suami adalah makruh. Ada juga yang berpendapat ia tidak melanggar batasan aktiviti berjimak yang diharuskan dalam Islam.
Jadi, terpulang kepada anda dan pasangan untuk menimbangnya kerana paling mustahak, anda berdua tahu bahawa seks dalam perkahwinan adalah ibadah.
Suami perlu lakukan sedekah iaitu bertimbang rasa ketika hubungan intim dengan pasangan dan bukan sekadar melepaskan perasaan dan nafsu syahwat atau meminta yang bukan-bukan daripada isteri.
Jadi meminta atau menekan isteri untuk membuat sesuatu yang tidak disukainya membuatkan ‘ibadah’ suami dan sedekah suami menjadi sia-sia.
Suami perlu beri isteri masa untuk dia menunaikan perkara yang janggal untuknya dan jika dia tidak dapat lakukan kerana tidak selesa, tidak perlu lakukannya kerana banyak cara lain yang boleh memberi keseronokan kepada kedua-dua pihak.
Jika mahu mencuba cara sebegitu, anda berdua digalakkan ada dalam keadaan bersih dan suci sebelum melakukan hubungan seksual.
Nasihat untuk suami, jangan keterlaluan meminta yang bukan-bukan daripada isteri. Tuhan sudah ‘buat’ anggota kelamin untuk tujuan itu dan mungkin itu yang sepatutnya dilakukan!
Mr Lonelyhttp://www.blogger.com/profile/17860679304595774623noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-8002089360046896454.post-89344881715610415222009-12-27T01:35:00.000-08:002009-12-27T01:36:08.253-08:00Yuran sekolah dan bayaran tambahan dijelas sehingga akhir 2010
KUALA LUMPUR 27 Dis. - Ibu bapa di negara ini dibenar menjelaskan yuran sekolah dan bayaran tambahan yang ditetapkan Kementerian Pelajaran serta Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) masing-masing bermula sesi persekolahan depan sehingga akhir 2010.
Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Alimuddin Mohd. Dom berkata, bayaran secara ansuran itu diharap meringankan beban ibu bapa, terutama bagi golongan berpendapatan rendah serta mereka yang mempunyai ramai anak sedang bersekolah.
Tahun lalu, katanya, ibu bapa serta penjaga diminta menjelaskan kesemua yuran persekolahan murid-murid pada bulan Jun. - Utusan
Mr Lonelyhttp://www.blogger.com/profile/17860679304595774623noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-8002089360046896454.post-89999056339370065362009-12-27T01:32:00.000-08:002009-12-27T01:34:35.872-08:00Ulasan Buku: Pendidikan seks dalam IslamTajuk: Tanggungjawab Pendidikan Seks Menurut Islam
Penulis: Dr Abdullah Naseh Ulwan terjemahan Ahmad Hassan Mohd Nazam dan Mohd Nizam Mohd Ali
Penerbit: Yamani Angle Sdn Bhd
Cetakan: Pertama
Harga: RM20.00 (Semenanjung) RM22.00 (Sabah dan Sarawak)
Muka Surat: 171 muka surat
NALURI seks diciptakan Tuhan kepada manusia adalah sesuatu yang mulia dan mengandungi hikmah tersendiri.
Nafsu seks yang tersembunyi ini menyebabkan manusia terus kekal di muka bumi selain meramaikan umat Nabi Muhammad S.A.W.
Islam menggariskan kaedah terperinci dan halus bagaimana manusia dapat melaksanakan tanggungjawab kekeluargaan.
Ini termasuk adab bertunang, perkahwinan sehinggalah kepada adab mengadakan hubungan kelamin.
Buku ini menerangkan sebahagian peraturan serta adab dalam Islam memandangkan permasalahan seks serta dorongan syahwat bersifat semula jadi.
Pendidikan seks penting bagi memberi kesedaran serta berterus terang dengan anak berkenaan permasalahan berhubung kait dengan seks, rangsangan dan apa-apa yang bersangkut paut dengan perkahwinan.
Pendidikan seks perlu diberi fokus utama mengikut empat peringkat usia iaitu tahap sekitar usia lapan hingga 10 tahun (mumaiyiz) iaitu dengan mengajar adab meminta izin dan adab pandangan.
Pada tahap usia 10 hingga 14 tahun (remaja), anak perlu dijauhi daripada sebarang perkara yang boleh menimbulkan rangsangan manakala usia 14 hingga 16 tahun (usia akil baligh), anak perlu diajar adab berkaitan hubungan seksual sekiranya mereka sudah bersedia mendirikan rumah tangga.
Usia selepas akil baligh (belia atau dewasa), anak-anak perlu diajar bagaimana menjaga kehormatan diri.
Kebimbangan terhadap pelbagai masalah sosial terutama dengan bertambahnya bilangan kes pembuangan bayi, anak luar nikah, pembabitan remaja dalam aktiviti seks bebas adalah berpunca daripada dorongan syahwat yang disalurkan bukan pada waktu yang sesuai.
Justeru, ibu bapa serta pendidik perlu meningkatkan kesedaran bagi melakukan islah (perubahan), mendidik dan mempersiapkan anak-anak mereka daripada terjebak dengan perkara yang boleh merangsang syahwat.
-METROMr Lonelyhttp://www.blogger.com/profile/17860679304595774623noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-8002089360046896454.post-63312166436927375702009-12-27T01:28:00.000-08:002009-12-27T01:31:21.060-08:00Keputusan Liga Perdana InggerisBirmingham 0-0 Chelsea
West Ham 2-0 Portsmouth
Fulham 0-0 Tottenham
Burnley 1-1 Bolton
Wigan 1-1 Blackburn
Sunderland 1-1 Everton
Man City 2-0 Stoke
Liverpool 2-0 WolverhamptonMr Lonelyhttp://www.blogger.com/profile/17860679304595774623noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-8002089360046896454.post-24582884427471512212009-12-27T01:26:00.000-08:002009-12-27T01:28:07.759-08:00Sheikh Muszaphar kahwin 101010KUALA LUMPUR - Angkasawan Negara, Datuk Dr. Sheikh Muszaphar Shukor Al-Masrie (gambar) mengumumkan bahawa beliau akan berkahwin pada 10 Oktober 2010 yang juga dikenali sebagai 101010.
"Insya-Allah, jika semua berjalan lancar, saya akan berkahwin pada 10 Oktober 2010," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan taklimat motivasi kepada para pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia dalam suatu program anjuran Kolej Perubatan Sains Perubatan (ACMS) di sini semalam.
Secara kebetulan beliau juga berlepas ke stesen angkasa pada 10 Oktober iaitu pada 2007.
Beliau sebelum ini memaklumkan kepada pihak media bahawa majlis pertunangannya dengan Dr. Halina Yusof yang bertugas di Hospital Selayang akan berlangsung pada 1 Januari ini.
Majlis pertunangan itu akan diadakan di Hotel Allson Kelana, Seremban, Negeri Sembilan.
-KOSMO
Mr Lonelyhttp://www.blogger.com/profile/17860679304595774623noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-8002089360046896454.post-86467156969570665882009-12-27T01:25:00.001-08:002009-12-27T01:26:40.500-08:00Nana, Sein juara Sehati BerdansaPUTRAJAYA - Menepati ramalan ramai, pasangan Noor Diyana Muhammad (Nana), 25, dan Syed Hussein Syed Mustafa (Sein), 26, dinobatkan sebagai juara program realiti tarian, Sehati Berdansa musim ketiga yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) semalam.
Mempersembahkan tarian Kurik Kundi (versi Kelantan dan tarian Latin) pasangan itu menumpaskan saingan mereka, Sazlini Shamsul Falak (Sazzy), 28, dan Nazril Mohd Idrus (Nazril), 35 sekali gus membolehkan mereka membawa pulang hadiah sebuah kereta Audi A4 (1.8) tajaan Euromobil Sdn. Bhd, pakej bulan madu ke Rom Itali serta trofi Sehati Berdansa.
-KOSMO
Mr Lonelyhttp://www.blogger.com/profile/17860679304595774623noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-8002089360046896454.post-88341747061489785922009-12-27T01:19:00.000-08:002009-12-27T01:25:16.695-08:00Pemandu bas mengaku terlelap
IPOH - Mohd. Kamil Mohd. Rashid, 38, menjadi orang yang paling dibenci semalam selepas dia mengaku terlelap ketika memandu bas ekspres dua tingkat Sani Express sehingga mengakibatkan nahas yang mengorbankan nyawa 10 penumpang awal pagi semalam.
Bas tersebut pada waktu itu membawa 48 penumpang dalam perjalanan dari Klang ke Kangar sebelum merempuh besi penghadang jalan di laluan terus Kilometer 272.8, Lebuh Raya Utara-Selatan dekat Plaza Tol Jelapang pukul 1 pagi semalam.
Dia memandu bas dengan nombor pendaftaran WSX 5101 itu sejak pukul 9 malam dari Klang dan menyambungnya semula selepas mereka berhenti di Hentian Rehat dan Rawat (R & R) Tapah.
Ketua Polis Trafik Perak, Supritendan Wan Abdullah Ishak memberitahu, siasatan awal mendapati pemandu itu telah mengaku mengantuk dan terlelap semasa kejadian.
-KOSMO
Mr Lonelyhttp://www.blogger.com/profile/17860679304595774623noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-8002089360046896454.post-35464775731685686782009-12-25T07:09:00.000-08:002009-12-25T07:10:30.936-08:00Penulis novel Ariffin Ngah meninggal dunia
KUALA TERENGGANU: Ariffin Ngah, 70, penulis novel terkenal Terengganu meninggal dunia di rumahnya di Kampung Bukit Tunggal di sini, petang tadi selepas mengidap pelbagai penyakit sejak lima tahun lalu.
Beliau meninggal dunia kira-kira jam 1.15 petang tadi di hadapan isterinya, Zainab Muhamad, 67, anak-anak serta cucunya.
Allahyarham mempunyai 12 orang anak dan 50 orang cucu.
Zainab berkata, arwah suaminya menghidap pelbagai penyakit sejak lima tahun lalu antaranya kencing manis, jantung, buah pinggang, darah tinggi dan sering berulang-alik ke hospital untuk mendapat rawatan.
Katanya, suami beliau baru saja pulang dari hospital Ahad lalu kerana ingin sangat berada di rumah bersama keluarganya.
Menceritakan perihal suaminya sebelum meninggal, beliau berkata, arwah pernah bercerita yang beliau selalu bermimpi berjumpa dengan rakan-rakannya yang telah meningga dunia.
Katanya, lima tahun lalu arwah digigit kucing peliharaannya apabila terpijak haiwan itu yang seterusnya membawa kepada sakitnya yang berpanjangan.
Afiffin banyak menghasilkan novel terutama novel kanak-kanak sejak menjadi guru dan pernah bekerja dengan Dewan Bahasa dan Pustaka.
Beliau juga pernah memenangi beberapa anugerah seperti Anugerah Sastera Darul Iman (2008).
Antara novel yang menarik hasil nukilan Ariffin ialah Anugerah Wahyu, Tangisan Pusaka Bangsaku dan Revolusi Kenyir.
Jenazah Allahyarham selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Bukit Tumbuh dekat sini selepas solat asar. - Bernama
-BERITA HARIAN
Mr Lonelyhttp://www.blogger.com/profile/17860679304595774623noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-8002089360046896454.post-70900107652322143802009-12-25T07:08:00.000-08:002009-12-25T07:09:07.637-08:00Hantar pulang pelarian Hmong, Thai tetap dengan pendirian asal
BANGKOK: Thailand tetap dengan pendiriannya untuk menghantar pulang 4,000 kumpulan etnik Hmong kepada pihak komunis Laos, walaupun didesak Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) dan Amerika Syarikat (AS) untuk membatalkan rancangan itu.
"Ini bukan masalah negara lain - ia adalah antara Thailand dan Laos. Apa saja yang dipersetujui kedua-dua negara, ia perlu dilaksanakan" kata Timbalan Perdana Menteri, Suthep Thaugsuban.
Negara jiran turut bersetuju kumpulan yang ditahan di utara Thailand, perlu dihantar pulang menjelang akhir tahun ini.
Khamis lalu, menurut jurucakap pemangku Jabatan Kerajaan, Mark Toner dalam kenyataannya, berkata AS menggesa Thailand menggugurkan rancangan itu, kerana mereka (AS) "bimbang berhubung laporan pihak yang tidak mahu dihantar balik secara sukarela,"
Sementara itu, Ketua Agensi Pelarian PBB (UNHCR), Antonio Guterres, turut mendesak Thailand menarik balik rancangan terbabit.
"Thailand mempunyai tanggungjawab dan peraturan antarabangsa bagi memastikan setiap pelarian berhak mendapat perlindungan antarabangsa...ia mengambil kira keperluan berasaskan aspek sukarela,"katanya.
Perdana Menteri Thailand, Abhisit Vejjajiva, menolak kritikan dan dakwaan negara lain dengan mencari jalan penyelesaian terbaik dalam menyelesaikan isu kumpulan etnik Hmong itu.
"Sekiranya mereka mengambil berat dan ingin mengambil pelarian ini, mereka boleh memulakan proses penempatan, tiada masalah," katanya sambil menambah proses penghantaran pulang pelarian itu akan dilakukan mengikut undang-undang. - AFP
-BERITA HARIANMr Lonelyhttp://www.blogger.com/profile/17860679304595774623noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-8002089360046896454.post-77517364588370546142009-12-25T07:05:00.001-08:002009-12-25T07:08:12.153-08:00Bayi koma didera
KUANTAN: Seorang lelaki mendakwa anaknya terjatuh dari dukungannya ketika membawa bayi perempuan berusia tujuh bulan dalam keadaan tidak sedarkan diri untuk menerima rawatan di Hospital Tengku Ampuan Afzan di sini (HTAA), pagi semalam.
Bagaimanapun, doktor yang memeriksa bayi malang itu mendapati alasan berkenaan tidak masuk akal dan mengesyaki dia didera kerana anak berkenaan bukan sekadar luka akibat terjatuh, sebaliknya mengalami penderitaan amat sangat akibat pelbagai kecederaan, antaranya pendarahan otak, luka di kelopak mata, lebam di badan serta sawan akibat sering menangis.
Menyedari ada yang tidak kena menyebabkan bayi itu kini terpaksa bertarung nyawa akibat kritikal dan masih koma di Unit Rawatan Rapi (ICU), doktor terbabit membuat laporan polis.
Berikutan itu, ibu bapa bayi terbabit berusia 19 dan 20 tahun dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan untuk siasatan lanjut sebelum kedua-duanya direman seminggu bermula semalam.
Kejadian menimpa bayi itu disyaki berlaku di sebuah rumah di Bukit Setongkol di sini, beberapa minggu lalu, namun penderitaannya hanya diketahui selepas dia dibawa ke hospital kira-kira jam 10 pagi semalam selepas tidak sedarkan diri.
Timbalan Ketua Polis Daerah, Superintendan Zulkifli Taha, berkata penderitaan bayi itu terbongkar selepas doktor yang merawatnya mendapati terdapat beberapa kesan lebam di badannya.
“Sebaik dihantar ke hospital kerana tidak sedarkan diri, bayi malang itu didapati mengalami kecederaan luar biasa menyebabkan pihak hospital menjalankan siasatan lanjut.
“Mereka cuba mendapatkan penjelasan daripada bapa mangsa, namun curiga dengan jawapan lelaki itu menyebabkan laporan polis dibuat,” katanya.
Difahamkan, mangsa yang tinggal serumah bersama ibu bapanya dipercayai sering diabaikan hingga menyebabkan bayi berkenaan sakit dan sering menangis akibat kelaparan.
Zulkifli berkata, pada mulanya, bapa bayi terbabit yang bekerja sebagai pembantu kedai memberi alasan kononnya anaknya terjatuh ketika didukung hingga mengakibatkan cedera di badan sedangkan doktor mengesyaki kecederaan itu bukan akibat terjatuh.
Menurutnya, sebaik menerima laporan, anggota polis menyerbu sebuah rumah dan menahan pasangan berkenaan bagi membantu siasatan.
“Kes itu disiasat mengikut Seksyen 31 (1) Akta Kanak-Kanak 2001 dan hingga kini, mangsa masih terlantar di ICU HTAA,” katanya.
-METROMr Lonelyhttp://www.blogger.com/profile/17860679304595774623noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-8002089360046896454.post-61196237990105479282009-12-25T06:55:00.000-08:002009-12-25T06:57:47.298-08:00Bekas aktres lucah tak minat seks
NEW YORK - Pelakon filem lucah terkenal, Evan Seinfeld menyatakan bekas isterinya yang pernah menjadi pelakon lucah, Tera Patrick enggan melakukan hubungan seks semasa mereka bergelar suami isteri, lapor beberapa buah akhbar semalam.
Pendedahan itu dibuat selepas isterinya mendakwa keengganan suaminya itu bersara dalam industri filem lucah sebagai punca keruntuhan rumah tangga mereka pada September lalu.
Tera, 33, yang mempunyai ibu keturunan Thailand merupakan pelakon filem lucah yang terkenal sebelum dia bersara kerana berkahwin dengan Evan pada 2004.
"Kami bangga menjadi pasangan suami isteri pertama yang berlakon dalam filem lucah tetapi pada hakikatnya, Tera benci industri ini. Dia bukan berminat dengan seks dan kami tak pernah melakukan seks semasa berkahwin," katanya.
Masalah rumah tangga mereka itu mendapat liputan banyak majalah dan media di Amerika Syarikat (AS).
Evan, 41, menjelaskan dia tidak mementingkan industri filem lucah berbanding isterinya itu semasa mereka hidup bersama.
Namun, katanya, perkahwinan itu menghadapi banyak masalah dan bukannya seperti apa yang didakwa oleh Tera. - Agensi
-KOSMO
Mr Lonelyhttp://www.blogger.com/profile/17860679304595774623noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-8002089360046896454.post-50554678671887867902009-12-25T06:53:00.000-08:002009-12-25T06:55:33.488-08:00Sijil halal Jakim ikut MS1500
CYBERJAYA - Tiada sijil halal akan diberikan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) terhadap produk yang mencetuskan kekeliruan atau sinonim dengan perkara haram dan najis.
Pengarah Bahagian Hab Halal Jakim, Saimah Mukhtar (gambar) ketika ditemui Kosmo! semalam menjelaskan, air mineral yang mempunyai label atau diisi dalam botol minuman menyerupai botol arak juga tidak akan diberi pensijilan halal.
"Sijil halal tidak diberikan kerana kita mahu mengelak daripada berlaku kekeliruan pada produk seperti itu kerana ia merupakan produk yang tidak halal pada asalnya.
"Apabila kita meletak ia sebagai halal, generasi muda kita akan beranggap produk itu halal," kata Saimah.
Beliau berkata, keputusan tidak memberikan status halal itu terkandaung dalam standard MS1500:2009 Makanan Halal - Pengeluaran, Penyediaan, Pengendalian dan Penyimpanan-Garis Panduan Umum (Semakan Kedua).
"Standard ini bukan disediakan oleh Jakim tetapi ia melibatkan pelbagai kementerian, agensi dan pihak yang terlibat," tegasnya.
Antara agensi yang terlibat dalam menggubal standard MS1500:2009 ialah Persekutuan Pekilang-Pekilang Malaysia, Institut Kualiti Malaysia, Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia, Jabatan Standard Malaysia, Jabatan Perkhidmatan Veterinar, Kementerian Kesihatan Malaysia, Sirim Berhad, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Universiti Putra Malaysia serta Universiti Teknologi Mara.
Saimah berkata, standard yang diamalkan oleh Jakim telah diterima dan menjangkaui ke seluruh dunia serta badan-badan pensijilan halal di negara lain.
Ketika diminta mengulas mengenai isu bak kut teh halal yang didakwa halal oleh sebuah hotel baru-baru ini, beliau berkata:
"Itu dakwaan sendiri (hotel berkenaan) makanan itu halal dan kerana itu, Jakim telah menerima banyak bantahan daripada pengguna Islam.
"Kami persalahkan pengguna, pertubuhan, serta beberapa pertubuhan bukan kerajaan sedangkan kami tidak mengesahkan produk makanan itu diiktiraf halal."
-KOSMO
Mr Lonelyhttp://www.blogger.com/profile/17860679304595774623noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-8002089360046896454.post-70279098346521052262009-12-25T06:49:00.001-08:002009-12-25T06:53:25.795-08:00Wanita, kekasih ditahan
KUALA LUMPUR - Polis menahan sepasang kekasih bagi membantu siasatan berhubung penemuan mayat seorang kanak-kanak perempuan yang disyaki menjadi mangsa rogol sebelum dibunuh dan mayatnya dicampak ke dalam kolam tadahan banjir di Kampung Boyan, Lorong Gurney di Jalan Semarak di sini Selasa lalu.
Penahanan pasangan yang kedua-duanya berumur 34 tahun itu dibuat malam kelmarin dan semalam.
Suspek wanita dipercayai ibu kepada kanak-kanak itu ditahan pada pukul 8 malam selepas dia datang membuat laporan berhubung kehilangan anaknya di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi.
Wanita itu dalam laporannya mendakwa, dia kehilangan seorang anak perempuan dikenali sebagai Venusha Rita, 9.
Dia yang merupakan seorang penganggur datang ke balai polis dalam keadaan mabuk.
Wanita itu membawa bersamanya sekeping gambar yang didakwa sebagai anaknya, Venusha berserta sijil kelahiran.
Bagaimanapun, wanita itu ditahan selepas laporan yang dibuatnya didapati mencurigakan.
Ekoran itu, polis menahan pasangannya pada pukul 4 petang semalam selepas lelaki itu memberi keterangan di Balai Sentul.
Suspek lelaki itu bekerja sebagai buruh di sebuah syarikat mengangkut sampah di ibu negara.
Pasangan yang ditahan itu didakwa tinggal serumah di kawasan Dang Wangi tanpa mempunyai ikatan perkahwinan.
Berikutan penahanan pasangan itu, polis sedang melakukan siasatan secara terperinci dengan dibantu sepasukan polis Cawangan Jenayah Berat (D9) Kuala Lumpur dan polis Bukit Aman.
Mengikut laporan wanita itu, dia mendakwa anaknya, Venusha hilang pada 21 Disember lalu.
Sehari selepas kehilangan Venusha, polis menemui mayat seorang kanak-kanak di dalam kolam tadahan banjir di Kampung Boyan.
Mayat kanak-kanak itu ketika ditemui hanya memakai baju dan hasil bedah siasat kelmarin, polis mengesahkan mangsa dirogol sebelum lehernya dijerut.
Laporan wanita itu turut mendakwa, teman lelakinya telah membawa lari Venusha pada hari tersebut sebelum meminta wang tebusan sebanyak RM2,000 jika tidak mahu mangsa diapa-apakan.
Dalam pada itu, Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Khairi Ahrasa berkata, polis menahan wanita itu selepas mendapati laporan dan keterangan yang diberi mencurigakan.
"Polis telah memadankan gambar seorang kanak-kanak yang dibawa wanita itu dengan gambar kanak-kanak yang ditemui mati namun ia kelihatan sedikit berbeza.
"Sebaik dibawa mengecam mayat kanak-kanak itu di Hospital Kuala Lumpur wanita itu mengesahkan bahawa kanak-kanak itu merupakan anaknya yang hilang berdasarkan pakaian dan fizikalnya," kata Khairi ketika dihubungi di sini semalam.
Berikutan itu, menurut beliau, polis akan melakukan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) bagi memastikan kesahihan dakwaan wanita itu sebagai ibu kepada kanak-kanak yang ditemui mati.
Dalam pada itu, Khairi memberitahu, polis sedang melakukan siasatan daripada pelbagai sudut termasuk dakwaan wanita itu telah menjual anaknya kepada pihak tertentu dengan harga RM2,000.
"Kita sedang memperincikan siasatan dengan menyoal siasat pasangan tersebut termasuk menyiasat sama ada wanita itu menjual anaknya sebelum anaknya ditemui mati," katanya.
Wanita itu direman selama enam hari bermula semalam manakala bagi suspek lelaki polis akan memohon reman terhadapnya hari ini.
Pasangan itu ditahan bagi membantu siasatan kes bunuh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Khairi bagaimanapun menegaskan, penemuan mayat kanak-kanak itu tiada kaitan dengan kematian Nurin Jazlin Jazimin, 8, pada 16 September 2007.
-KOSMO
Mr Lonelyhttp://www.blogger.com/profile/17860679304595774623noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-8002089360046896454.post-62275582947990471542009-12-18T07:44:00.000-08:002009-12-18T07:47:51.982-08:00Hospital nafi doktor dan kakitangan terbabit sindiket jual bayiKLANG: Selepas nama Hospital Metro Maternity di Jalan Pasar di sini dikaitkan dengan kes sindiket penjualan bayi yang ditumpas polis
baru-baru ini, hospital itu hari ini tampil memberi penjelasan dan menafikan doktor dan kakitangannya terlibat dalam kes itu.
Ketua Jabatan Perbidanan dan Sakit Puan hospital itu, Dr Tee Swi Peng,
berkata siasatan yang dilakukan pihaknya selepas nama hospital itu tersiar dalam akhbar tempatan baru-baru ini menunjukkan enam doktor dan kakitangannya tidak terbabit dalam kes itu.
"Pihak hospital memang menerima ramai pesakit yang ingin bersalin di hospital ini sama ada rakyat tempatan atau asing tetapi kami tidak tahu bayi yang dilahirkan di hospital kami adalah untuk dijual atau sebaliknya malah wanita yang disebut sebagai ''auntie'' itu pun kami tidak pernah nampak di hospital kami," katanya pada sidang akhbar di sini, hari ini.
Beliau berkata, faktor kos bersalin yang agak murah dan rawatan terbaru iaitu kaedah IVF (In Vitro Fertilization) yang dilakukan hospital itu mungkin menjadi pilihan orang awam, namun tidak bermakna hospital terbabit dalam kes sedemikian.
Ketika ditanya mungkin ada di kalangan doktor separuh masa di hospital itu
yang terbabit, Dr Tee berkata pihaknya sedang menyiasat.
Beliau berkata, pihaknya sedia memberi kerjasama penuh kepada polis dalam
menjalankan siasatan.
Hospital itu yang mempunyai sebuah lagi cawangan di Banting, Selangor
difahamkan mengenakan bayaran yang agak rendah untuk kos bersalin iaitu antara RM1,000 ke RM1,200.
"Buat masa sekarang kami tidak akan mengambil sebarang tindakan
undang-undang terhadap mana-mana pihak sehingga siasatan polis selesai,"
katanya.
Beliau berkata, selepas kes itu terbongkar, pihaknya kini memperketat
pendaftaran masuk pesakit.
"Jika sebelum ini kami terima semua pesakit kecemasan tetapi selepas
kejadian ini kami akan memperketat pendaftaran masuk pesakit," katanya.-Bernama
-METROMr Lonelyhttp://www.blogger.com/profile/17860679304595774623noreply@blogger.com2tag:blogger.com,1999:blog-8002089360046896454.post-50974325235242855322009-12-18T07:33:00.000-08:002009-12-18T07:44:11.258-08:00Syabas Malaysia!
K RAJAGOBAL adalah ‘raja’ Sukan Sea XXV. “Itu memang nama saya,” katanya berseloroh sebaik skuad bola sepak negara menamatkan penantian 20 tahun untuk memenangi pingat emas selepas menundukkan Vietnam 1-0 pada pertembungan final, malam tadi.
Kemenangan itu terjelma menerusi jaringan gol sendiri pertahanan Vietnam, Mai Xuan Hop, pada minit ke-84 untuk jadi pemisah antara dua pasukan yang hampir sama daripada semua segi.
Lantas, apa maknanya pingat emas ini kepadanya?
“Ia memberi banyak makna. Kegembiraan untuk negara saya. Saya juga fikir ia untuk survival bola sepak negara.
“Ketika tiada seorangpun yang percaya, saya tetap percaya dengan diri saya, dengan kemampuan saya. Jika kita bekerja keras, pasti akan ada ganjarannya. Cuma saya mahu seluruh Malaysia bersabar, kerana ini adalah pasukan muda yang masih perlukan masa,” katanya.
“Walaupun Vietnam menjaringkan gol sendiri, tapi dalam bola sepak, ia dikira jaringan sah dan kita tetap menang,” katanya yang turut memuji semangat juang tinggi ditunjukkan pemainnya.
Rajagobal juga mengharapkan kejayaan ini akan ‘menyenangkan’ laluan seterusnya.
“Saya harap seluruh rakyat Malaysia akan membantu kami selepas ini. Bukan mudah untuk jadi juara kembali selepas 20 tahun. Ini sesuatu yang positif untuk negara.
“Saya amat bangga, terutamanya dengan barisan pemain saya. Mereka sudah bekerja keras. Ini detik mereka. Biarkanlah mereka meraikannya.”
Rajagobal juga langsung tidak teragak mengakui, betapa di sebalik gol sendiri itu, Malaysia adalah juara yang berhak.
“Kami hadir, kami berusaha keras biarpun terpaksa menghadapi segala macam kesukaran. Pemain sudah tunjukkan keberanian, kesungguhan dan semangat yang menakjubkan. Kami memang berhak menjadi juara bola sepak Sukan Sea 2009,” katanya.
Vietnam, yang menewaskan Malaysia di peringkat kumpulan, menampilkan persembahan bertenaga pada separuh masa pertama, tapi tidak gagal menukar dominasi itu ke gol, sebaliknya pasukan negara yang lebih unggul selepas rehat, menjaringkan gol enam minit sebelum tamat perlawanan.
Tertekan dengan asakan Norshahrul Idlan Talaha, Mai Xuan Hop tertampan bola ke dalam gol sendiri. Biarpun berusaha di samping sokongan padu penyokong fanatik mereka, usaha Vietnam untuk mencari gol penyamaan bagi baki beberapa minit, gagal menjadi kenyataan.
Kekalahan itu turut melenyapkan impian jurulatih Vietnam, Henrique Calisto untuk menjadi jurulatih asing pertama menang emas sejak Sukan Sea 1993.Mr Lonelyhttp://www.blogger.com/profile/17860679304595774623noreply@blogger.com1tag:blogger.com,1999:blog-8002089360046896454.post-15962675210618787522009-12-16T07:30:00.000-08:002009-12-16T07:42:08.626-08:00Adegan terlampau
KUALA LIPIS: Mengucap panjang seorang bapa sebaik menonton rakaman melalui telefon bimbit aksi anak gadisnya yang baru berusia 14 tahun berasmara dengan dengan lima lelaki serentak.
Adegan seks secara bergilir-gilir berkenaan di sebuah kampung berhampiran Merapoh, dekat sini, itu dipercayai dirakamkan seorang daripada lima lelaki berusia 20-an berkenaan menggunakan telefon pelajar perempuan tingkatan dua terbabit.
Selepas melakukan perbuatan terkutuk itu, gadis terbabit yang bersekolah di sebuah sekolah menengah, dekat sini, dengan selamba pulang ke rumah bersama telefon bimbit berkenaan.
Bagaimanapun, telefon bimbitnya terlepas ke tangan seorang ahli keluarga yang kemudian membuat pemeriksaan pada fail rakamannya.
Ketua Polis Daerah, Superintendan Abdul Razak Hassan, berkata terkejut melihat rakaman itu, ahli keluarga terbabit segera memaklumkan kepada bapa gadis berkenaan.
Menurutnya, bapa mangsa yang tergamam dengan tindakan anak gadisnya selepas menonton rakaman berkenaan segera menyoal anak gadisnya.
Katanya, selepas didesak berulang kali, gadis terbabit mengakui kejadian itu sebelum bapanya membuat laporan di Balai Polis Merapoh, dekat sini, kelmarin.
Abdul Razak bagaimanapun berkata, polis masih belum memeriksa rakaman berkenaan bagi mengesahkan kesahihan kejadian terbabit, namun siasatan masih diteruskan.
“Polis sudah menubuhkan pasukan khas dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) untuk memburu lima suspek terbabit dan pada masa sama masih meneruskan siasatan berhubung kejadian itu mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan,” katanya.
-METROMr Lonelyhttp://www.blogger.com/profile/17860679304595774623noreply@blogger.com3tag:blogger.com,1999:blog-8002089360046896454.post-71246467731730627342009-12-11T22:39:00.000-08:002009-12-11T22:51:41.129-08:00Malaysia mara ke separuh akhir
VIENTIANE, Laos - Sebelum ini, ramai yang tidak meletakkan harapan tinggi buat skuad bola sepak negara melangkah ke pusi- ngan separuh akhir temasya Sukan SEA XXV.
Bagaimanapun, anak-anak buah K. Rajagobal mendiamkan seketika mulut pengkritik mereka apabila berjaya ke separuh akhir selepas menumbangkan gergasi Asia Tenggara yang juga penyandang juara, Thailand 2-1 pada aksi terakhir Kumpulan A di Stadium Utama, Kompleks Sukan Nasional semalam.
Lebih manis, kejayaan yang dilakar skuad negara itu sekali gus menyaksikan Thailand tersingkir buat kali pertama ke saingan sepa- ruh akhir Sukan SEA dalam tempoh 36 tahun sejak 1973.
"Inilah bola sepak. Pasukan pilihan juga boleh ditumbangkan. Apa yang penting, setiap pasukan harus mempunyai tahap keyakinan yang tinggi untuk menumbangkan lawan mereka. Buktinya, kami telah berjaya menewaskan Thailand dan seterusnya layak ke separuh akhir.
"Saya berpuas hati dengan komitmen yang ditunjukkan oleh pemain-pemain saya sepan- jang perlawanan ini berlangsung. Mereka sedikit pun tidak menunjukkan tanda-tanda patah semangat sekalipun pada satu ketika, kami ketinggalan satu gol. Saya puji semangat mereka yang tidak pernah kenal erti putus asa," kata Rajagobal pada sidang media sele- pas tamat perlawanan semalam.
Rajagobal menambah, semangat juang yang tinggi serta kerjasama berpasukan menjadi antara kunci utama kejayaan anak-anak buahnya menumbangkan skuad kendalian Steve Darby itu.
"Anda sendiri boleh lihat bagaimana pemain saya beraksi hari ini (semalam). Mereka tidak jemu-jemu mengasak Thailand bagi memburu gol. Sikap seperti ini yang saya tuntut daripada setiap pemain sebelum perlawanan berlangsung. Akhirnya mereka telah membuktikan kepada saya bahawa mereka mampu melakukannya.
"Pasukan yang beraksi dengan baik akan keluar sebagai pemenang dan pemain saya telah membuktikan bahawa mereka sememangnya berhak untuk meraih kemenangan dalam perlawanan ini," jelasnya.
Pada aksi semalam, Thailand terlebih dahulu membuka jaringan menerusi sepakan percuma Arthit Sunthorphit pada minit ke-52.
Biarpun ketinggalan, semangat anak-anak buah Rajagobal dilihat tidak pernah luntur, sebaliknya terus mengasak lawan bagi memburu gol penyamaan.
Ternyata percaturan Rajagobal memasukkan Azmi Muslim bagi menggantikan pemain pertahanan, Mohd. Sabree Abu pada minit ke-62 berjaya mengubah tempo permainan.
Kemasukan Azmi mula menampakkan sengat di bahagian sayap kiri.
Hasilnya, skuad negara memperoleh gol penyamaan pada minit ke-80 selepas pemain pertahanan, Mohd. Nasriq Baharom menyudahkan hantaran lintang Azmi.
Gol penyamaan itu telah membangkitkan semangat barisan pemain negara untuk terus menambah gol.
Akhirnya, gol 'keramat' yang dicari-cari terjelma pada masa kecederaan apabila gerakan menarik Norshahrul Idlan Talaha berjaya disempurnakan oleh Ahmad Fakri Saa- rani.
"Kami beraksi dalam perlawanan ini tanpa sebarang tekanan. Sepatutnya, kami mampu menjaringkan tiga gol pada separuh masa pertama menerusi gerakan serangan balas.
"Tetapi pemain serangan saya gagal menyempurnakan peluang itu dengan baik.
"Bagaimanapun, saya tetap berasa gembira kerana pada separuh masa kedua, kami beraksi dengan lebih baik sehingga mampu menjaringkan dua gol pada 10 minit terakhir per- lawanan," kata Rajagobal.
-KOSMO
Mr Lonelyhttp://www.blogger.com/profile/17860679304595774623noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-8002089360046896454.post-32806875038471882192009-12-11T11:48:00.001-08:002009-12-11T22:39:08.321-08:00Putus tunang RM1j
SHAH ALAM: Sudahlah mahligai diimpikan musnah, merpati dua sejoli yang pernah diikat dengan tali pertunangan kini terjebak pula pertikaian bagi mendapatkan semula barangan pemberian ketika bertunang bernilai hampir RM1 juta.
Seorang pengarah urusan sebuah syarikat komunikasi dan teknologi maklumat, Mohamad Fahizul Khairi, 53, memfailkan tuntutan ganti rugi terhadap bekas tunangnya, seorang pegawai bank, Nor Daliya Mohd Daud, 34, di Mahkamah Tinggi Syariah di sini, semalam.
Dalam pernyataan tuntutannya, Mohamad Fahizul mendakwa mengalami kerugian dari segi harta benda apabila pertunangannya dengan Nor Daliya putus pada 21 April tahun lalu.
Mereka bertunang pada awal April 2007 sebaik wanita berkenaan tamat tempoh edah perceraiannya dengan suami pertama dan majlis pertunangan diadakan pada 6 Disember 2007 di Pekan, Pahang.
Nor Daliya bercerai dengan suaminya pada 9 Januari 2007 dan mereka dikurniakan dua cahaya mata.
Selepas bertunang, Mohamad Fahizul mendakwa Nor Daliya memintanya menyediakan sebuah rumah sebagai tempat tinggal mereka apabila berumah tangga kelak selain meminta dia menceraikan isterinya.
Mohamad Fahizul mendakwa dia akur permintaan itu dan membeli rumah teres dua setengah tingkat di Bandar Utama, Petaling Jaya dan disebabkan desakan Nor Daliya, dia menceraikan isterinya pada 7 April 2008, tetapi mereka rujuk kembali dalam tempoh edah.
Lelaki itu mendakwa terpaksa membuat bayaran termasuk kos pengubahsuaian, membeli barangan rumah, kos ejen hartanah dan wang deposit bagi membeli kereta Honda Civic kepada defendan berjumlah RM871,186.57.
Mohamad Fahizul mendakwa, sepanjang tempoh pertunangan itu, berlaku perselisihan faham dan pergaduhan dengan Nor Daliya kerana mengesyaki tunangnya curang.
Selepas memutuskan pertunangan, kedua-dua pihak berbincang dan mencapai persetujuan bahawa Nor Daliya akan memulangkan segala pemberian termasuk rumah teres dua setengah tingkat atas namanya berharga RM770,000.
Mohamad Fahizul mendakwa, bagi pembiayaan rumah dia mengeluarkan RM570,000 manakala NpR Daliya membuat pinjaman bank RM200,000 bagi melunaskan bakinya.
Menurutnya, pada 19 Mac lalu, Nor Daliya menghantar e-mel melalui peguam kepadanya dan memberitahu dia sudah mendapat pembeli rumah berkenaan.
Berikutan itu, Mohamad Fahizul berkata, dia khuatir bekas tunangnya itu mengambil hasil jualan rumah berkenaan tanpa merujuk kepadanya.
Dalam prosiding itu, Hakim Mohammad Adib Husain menetapkan 1 Februari tahun depan untuk keputusan bantahan awal yang difailkan Nor Daliya berhubung tuntutan itu.
Beliau menetapkan tarikh itu untuk memberi peluang kepada peguam syarie Azmi Mohd Rais yang mewakili Nor Daliya bagi memfailkan hujahan balas terhadap bantahan awal berkenaan.
Pada prosiding berkenaan, bekas suami Nor Daliya, Herman Syah Abdul Rahim turut hadir untuk menemani Mohamad Fahizul.
Defendan diwakili peguam Mohamad Isa Abd Ralip.
Sementara itu, Azmi ketika ditemui di luar mahkamah memberitahu pihaknya memfailkan permohonan itu pada 7 Mei lalu, manakala defendan membuat bantahan awal pada 8 Julai.
Menurutnya, dalam bantahan awal itu, defendan mendakwa pemberian itu tidak termasuk dalam tempoh pertunangan, tetapi sebagai hadiah ketika plaintif memikatnya.
-METROMr Lonelyhttp://www.blogger.com/profile/17860679304595774623noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-8002089360046896454.post-39191307092647153032009-11-29T12:23:00.000-08:002009-11-29T12:27:29.901-08:00Beku ambil pekerja Bangladesh kekal
PORT OF SPAIN 29 Nov. - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, Malaysia tidak bercadang mengkaji semula sekatan pengambilan pekerja dari Bangladesh walaupun terdapat permintaan daripada pemimpin negara itu.
Menurutnya, sekatan itu dilakukan bagi mengelak ejen pekerja asing menyalahgunakan kedudukan sehingga ramai pekerja Bangladesh menjadi mangsa setelah mereka menjual harta dan ternakan untuk membiayai perjalanan ke Malaysia.
"Penipuan seperti inilah yang kita ingin elakkan. Mereka minta sekatan dikaji semula tetapi mereka faham dalam keadaan sekarang sukar untuk kita menambah pekerja asing," katanya.
Beliau menyatakan demikian kepada wartawan Malaysia selepas mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri Bangladesh, Sheikh Hasina yang turut menghadiri Mesyuarat Ketua-Ketua Kerajaan Komanwel (CHOGM) di sini hari ini.
Sebelum ini, Kaunselor Buruh Bangladesh, Talat Mahmud Khan dilaporkan berkata, 70,000 pekerja Bangladesh yang memiliki visa dijangka tiba di Malaysia untuk bekerja dalam sektor perladangan, pembinaan dan perkhidmatan.
Bagaimanapun, kerajaan membatalkan serta-merta visa kemasukan tersebut yang diluluskan pada 2007 bagi mengelak kemasukan pekerja asing itu kerana tiada keperluan.
Perdana Menteri berkata, Sheikh Hasina berpuas hati dengan hubungan dua hala dan perdagangan yang memihak Malaysia melalui pelaburan syarikat tempatan di Bangladesh.
-UTUSAN.
Mr Lonelyhttp://www.blogger.com/profile/17860679304595774623noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-8002089360046896454.post-21483982674552629002009-11-29T12:18:00.000-08:002009-11-29T12:22:54.092-08:00Dakwaan Nik Aziz diragui
Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Harun Taib berasa pelik dan tercari-cari akan kewujudan ‘Kolonel Mat’ yang didakwa mahu menjatuhkan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Hanya Nik Abdul Aziz seorang sahaja yang tahu atau lebih mengenali seseorang yang bernama ‘Kolonel Mat’.
Kata Harun, para pemimpin Pas lain juga tidak mengenali siapa sebenarnya ‘Kolonel Mat’.
Nik Abdul Aziz pula enggan mendedahkan siapa ‘Kolonel Mat’ walaupun ketika diasak oleh pihak media.
Ketika ditanya dan diasak oleh pemberita Nik Abdul Aziz hanya berkata: "Cukuplah... cukup-cukup."
KUALA TERENGGANU 29 Nov. – Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Harun Taib (gambar) berasa pelik bagaimana boleh wujud ‘Kolonel Mat’ untuk menjatuhkan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Malah beliau masih tercari-cari siapa sebenarnya yang dimaksudkan sebagai Kolonel Mat yang disifatkan dalang di sebalik konspirasi untuk menjatuhkan Menteri Besar dan kerajaan Pas Kelantan itu.
Harun yang juga Pesuruhjaya Pas Terengganu berkata, mungkin Nik Abdul Aziz seorang sahaja yang tahu atau lebih mengenali seseorang yang bernama Kolonel Mat itu.
Malah beliau turut yakin, para pemimpin lain parti Pas juga tidak mengenali siapa sebenarnya yang dimaksudkan oleh Nik Abdul Aziz itu.
“Saya rasa hanya Tok Guru (Nik Abdul Aziz) seorang saja yang tahu dan kenal siapa sebenarnya Kolonel Mat, kalau tanya saya siapa dia (Kolonet Mat) saya memang tak tahu.
“Malah, saya rasa pemimpin Pas lain juga tak kenal atau tahu siapa Kolonel Mat ini, hanya Tok Guru saja yang tahu,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.
Harun ditanya siapa sebenarnya Kolonel Mat yang dimaksudkan oleh Nik Abdul Aziz yang didakwa bertindak sebagai dalang di sebalik konspirasi untuk menjatuhkan Mursyidul Am Pas itu.
Ditanya mengenai kesahihan wujud konspirasi menjatuhkan Nik Abdul Aziz, Harun hanya menjawab: “Itu saya tidak tahu, saya tak ada maklumat mengenainya.’’
-UTUSAN
Mr Lonelyhttp://www.blogger.com/profile/17860679304595774623noreply@blogger.com1tag:blogger.com,1999:blog-8002089360046896454.post-4455130459463967852009-11-29T12:08:00.001-08:002009-11-29T12:13:44.547-08:00MDV sasar biayai 60 syarikat
KUALA LUMPUR - Malaysia Debt Ventures Berhad (MDV) menyasarkan sebanyak 60 sehingga 70 syarikat baru yang menceburi sektor teknologi maklumat dan komunikasi (ICT), bioteknologi serta teknologi baru memohon dana yang diperuntukkan setiap tahun.
Menurut Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Md. Zubir Ansori Yahaya, ini dapat dilihat daripada permohonan yang diterima bagi tempoh sepanjang bulan April sehingga 30 September tahun ini sebanyak 43 permohonan telah diluluskan dengan melibatkan nilai pembiayaan sebanyak RM433 juta.
"Sejak ditubuhkan pada tahun 2002 sehingga bulan Jun 2009, MDV telah mengagihkan lebih daripada RM3.43 bilion kepada 378 syarikat tempatan,'' katanya ketika ditemui Kosmo! di sini baru-baru ini.
Mengakui kini lebih banyak pihak mengenali MDV, beliau berkata, pihaknya akan terus terlibat dalam pelbagai seminar dan simposium untuk mempromosikannya pada masa depan.
"Kami menyediakan pelbagai penyelesaian pembiayaan yang inovatif, memberikan khidmat nasihat untuk membantu perkembangan suatu perniagaan dan menyokong inisiatif kerajaan," jelasnya.
Mr Lonelyhttp://www.blogger.com/profile/17860679304595774623noreply@blogger.com0