Terkini Dan Sensasi

Koleksi Berita Semasa Dan Info Menarik

Harga minimum rokok RM6.40 mulai Jumaat ini

KUALA LUMPUR: Mulai Jumaat ini harga minimum rokok ditetapkan RM6.40 bagi 20 batang apabila Kementerian Kesihatan menguatkuasakan Peraturan Harga Minimum Rokok dan Larangan Promosi Harga menerusi Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau(Pindaan)(No.2) 2009 yang diwartakan.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai, berkata dengan penguatkuasaan peraturan itu semua rokok yang dijual dalam negara hendaklah pada harga tidak kurang daripada harga minimum ditetapkan yang dikira 32 sen bagi setiap batang rokok.

"Ini menjadikan harga minimum bagi paket yang mengandungi 20 batang rokok ialah RM6.40, 21 batang rokok (RM6.70), 22 batang rokok (RM7.05), 23 batang rokok (RM7.35), 24 batang rokok (RM7.70) dan RM8 bagi paket yang mengandungi 25 batang rokok," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata, mereka yang sabit kesalahan melanggar mana-mana peruntukan di bawah peraturan itu boleh didenda sehingga RM10,000 atau penjara dua tahun atau kedua-duanya sekali.

Liow berkata, dengan berkuatkuasanya peraturan itu juga semua syarikat rokok dikehendaki mengisytiharkan senarai harga jualan runcit produk keluaran mereka kepada kementerian sebelum 15 Januari ini.

Katanya, semua rokok di pasaran tempatan hendaklah dijual pada harga tidak kurang daripada harga minimum rokok dan notis harga minimum itu hendaklah dipamerkan secara jelas di kaunter jualan tanpa logo, jenama, tanda niaga atau deskripsi berkaitan rokok yang dijual.

Liow juga, berkata penjualan rokok pada harga yang lebih rendah adalah dilarang.

Bagaimanapun, katanya, syarikat rokok dibenarkan membuat pelarasan harga hanya sebanyak tiga kali setahun dan perbezaan harga tidak boleh melebihi 5 peratus.

Katanya, peraturan itu juga melarang penjualan rokok yang mempunyai label "diskaun, harga istimewa, tawaran istimewa, promosi, promo, edisi terhad dan tawaran" atau apa-apa perkataan lain yang membawa erti diskaun atau jualan murah berbanding harga jualan runcit pada bungkusan atau label rokok atau tempat jualan rokok tersebut.

Liow berkata, tujuan peraturan itu dikuatkuasakan adalah untuk mengurangkan kebolehcapaian dan kemampuan membeli rokok terutamanya oleh kanak-kanak, remaja dan golongan berpendapatan rendah selain membendung aktiviti promosi rokok melalui pemberian diskaun yang berlebihan.

"Demi menjaga kepentingan kanak-kanak dan remaja dari terjebak dengan ketagihan rokok dan seterusnya kemungkinan risiko menyalahgunaan dadah dan penularan penyakit kronik, kerajaan komited untuk mengambil pendekatan mengurangkan kebolehcapaian dan kemampuan membeli rokok oleh golongan ini," katanya.

Liow berkata, banyak kajian membuktikan bahawa peningkatan cukai dan harga rokok mampu mengurangkan kadar merokok dalam masyarakat terutamanya di kalangan kanak-kanak, remaja dan golongan berpendapatan rendah.

"Hasil kajian yang dibuat pada 2004 di Malaysia menunjukkan bahawa dengan peningkatan harga rokok sebanyak 10 peratus, ia akan dapat mengurangkan penggunaan terhadap rokok 3.8 peratus," katanya. - Bernama

Buah dada besar

BAGI lelaki sejati, mempunyai buah dada besar adalah perkara memalukan. Namun, jika itu berlaku disebabkan obesiti dan lemak, ia bukan sesuatu yang membimbangkan kerana hanya perlukan disiplin diet yang ketat untuk mengatasinya.

Cuma, perkara yang perlu diberi perhatian ialah buah dada membesar di kalangan lelaki akibat Gynecomastia. Ia istilah teknikal perubatan mengenai fenomena buah dada lelaki membesar.

Antara Gynecomastia paling kerap berlaku dikenali sebagai ‘Pubertal Mastitis‘ atau ketumbesaran buah dada akibat akil baligh, yang mana isu ini pernah saya kupas sebelum ini.

Ia berlaku akibat tindak balas hormon Estrogen yang dihasilkan pundi Adrenal dan pada masa sama akibat buah zakar membesar pada peringkat awal baligh tetapi mengecut dua atau tiga tahun kemudian.

Bagaimanapun, perkembangan dunia perubatan baru-baru ini mendedahkan, keghairahan lelaki meningkatkan kemampuan seksual tanpa memikirkan kesan negatif akibat bahan yang diambil turut menjadi faktor penyumbang.

Antaranya, beberapa krim herba mengandungi butea superba, minyak lavender dan minyak tea tree. Jika bahan ini digunakan sebagai krim badan atau untuk anggota sulit sebagai krim ‘pembesar’ zakar ia boleh mengakibatkan kemunculan buah dada di kalangan lelaki muda.

Sehubungan itu, penting untuk kita berhati-hati apabila mengguna losyen atau krim untuk alat sulit bagi mengelak tindak balas sampingan sehingga mengakibatkan buah dada anda membesar.

Berbalik kepada masalah Gynecomastia, anda tidak perlu bimbang kerana dengan rawatan bersesuaian, masalah ini dapat diatasi. Misalnya, kes Hipogonadisme atau keadaan kekurangan hormon Testosterone di kalangan lelaki yang menyebabkan tindak balas hormon Estrogen merangsang ketumbesaran buah dada.

Apabila hormon Testosterone diberikan sebagai mengganti hormon yang kurang, masalah ketumbesaran buah dada terkawal. Kadangkala ubat tertentu seperti ubat Cimetidine (untuk gastrik) atau Ketoconazole (ubat nyah kulat) jika dimakan lama boleh menyebabkan kemunculan buah dada di kalangan lelaki.

Lelaki yang mengalami kerosakan buah zakar atau kanser buah zakar juga mempunyai buah dada besar seperti anak dara sunti. Justeru, sangat mustahak untuk lelaki sudah baligh dua atau tiga tahun tetapi mendapati buah dadanya masih membesar merujuk kepada doktor untuk menjalani pemeriksaan buah zakar.

Kadangkala barah buah zakar itu kecil dan tidak dapat dirasa dengan cara pemeriksaan kendiri. Ujian darah Beta HCG dan Alfa-Feto Protein jika positif menggambarkan kemungkinan barah buah zakar.

Lemak yang banyak di paras dada memberi gambaran seolah-olah buah dada besar, tetapi itu bukan buah dada, sebaliknya lemak.

Sama juga dengan kes otot dada yang mantap akan kelihatan seperti buah dada besar. Lelaki gempal tidak perlu khuatir jika buah dada mereka besar dan paling mustahak sekiranya ia membesar pada saiz agak luar biasa, mustahak untuk berjumpa doktor bagi menjalani pemeriksaan dan rawatan sewajarnya.

Penyokong Pas Selangor gesa parti keluar pakatan

SHAH ALAM: Sebuah kumpulan yang menggelar diri mereka sebagai Gerakan Penyokong dan Pengundi Pas Selangor mendesak parti itu keluar daripada pakatan pembangkang negeri ekoran rasa tidak puas hati terhadap pimpinan kerajaan campuran Selangor dalam memperjuangkan Islam dan bangsa Melayu sebenarnya.

Ketua kumpulan itu, Wan Hilman Abdul Rahim, berkata pihaknya merasakan rakan sekutu, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP cuba membelakangi Pas dalam membuat keputusan walaupun parti itu turut berada dalam pentadbiran kerajaan negeri Selangor.

"Kami merasakan PAS dipermainkan dan dibelakangi dalam membuat keputusan...kami tidak puas hati dengan cara kerajaan negeri Selangor menjaga rakyat, khususnya bangsa Melayu dan kepentingan Islam.

"Justeru, kami mahu Pas mengkaji semula kedudukan mereka dalam pakatan rakyat di Selangor," kata beliau kepada pemberita selepas mengadakan perhimpunan aman bersama 21 penyokong Pas bagi mendesak parti itu keluar daripada pakatan pembangkang di perkarangan pejabat perhubungan Pas Selangor dekat sini.

Sementara itu, Wan Hilman yang juga anggota Pas dari kawasan Gombak menafikan dakwaan kononnya kumpulannya didalangi Umno Selangor dan Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata, satu memorandum akan diserahkan kepada Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr Hassan Ali, esok pagi di pejabatnya di sini. - Bernama

Tidak adil salahkan Ketua Whip BN - Nazri

KUALA LUMPUR 26 Dis. - Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz berpendapat adalah tidak adil Ketua Whip Barisan Nasional (BN) dipersalahkan atas kegagalan wakil rakyat parti itu hadir pada sidang Dewan Rakyat bagi meluluskan Bajet 2010 baru-baru ini.

Ini kerana, tegas beliau, kehadiran pada sidang Dewan Rakyat menjadi tanggungjawab setiap Ahli Parlimen.

Beliau turut menjelaskan, jawatan Ketua Whip BN kini disandang Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan bukannya beliau seperti didakwa Naib Ketua Wanita UMNO, Datuk Kamilia Ibrahim.

"Kita tidak boleh salahkan Ketua Whip sebaliknya kesalahan ini harus diletakkan di atas bahu semua wakil rakyat yang tidak hadir pada malam tersebut kerana gagal menjalankan tugas dengan baik.

"Justeru, bukannya Timbalan Perdana Menteri yang perlu meletakkan jawatan sebagai Ketua Whip tetapi semua wakil rakyat yang tidak hadir sepatutnya meletakkan jawatan," katanya kepada Mingguan Malaysia di sini hari ini.

Di Kuala Kangsar semalam, Kamilia mencabar Mohamed Nazri meletak jawatan sebagai Ketua Whip BN kerana gagal memastikan wakil kerajaan hadir pengundian bagi meluluskan Bajet 2010 di Dewan Rakyat baru-baru ini.

Kamilia berkata, tugas serta tanggungjawab itu penting dan perlu dipandang serius oleh semua wakil rakyat BN.

Dalam pada itu, menurut Mohamed Nazri, beliau tidak pernah mengabaikan tugasnya sebagai menteri bertanggungjawab terhadap hal ehwal Parlimen.

"Malah pada malam tersebut saya telah menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada wakil rakyat BN yang tidak hadir supaya segera datang ke Dewan Rakyat bagi menyokong meluluskan Bajet 2010," katanya.

Beliau bertindak demikian setelah sedar ada sesuatu yang tidak kena sedang berlaku.

"Semasa itu pukul 8 malam. Saya berusaha sedaya upaya untuk memastikan kedatangan wakil rakyat BN dengan menghantar seberapa banyak SMS," katanya.

Dalam perkembangan berkaitan, beliau berkata, setiap wakil rakyat harus faham mengenai bidang tugas mereka khususnya ketika sidang Parlimen sedang berjalan.

"Saya sebenarnya tiada kuasa meminta mereka datang. Apa yang boleh saya buat adalah memberitahu situasi yang berlaku dan terpulang kepada mereka untuk datang atau sebaliknya.

"Apa yang pasti saya telah melakukan yang terbaik untuk memastikan kedatangan wakil rakyat BN," katanya.

Mengenai cabaran Kamilia itu, beliau mahu Naib Ketua Wanita UMNO itu menghalakan cabaran tersebut kepada Muhyiddin.

"Saya tidak pasti sama ada Kamilia sedar atau tidak dengan kenyataannya itu. Jawatan Ketua Whip BN bukan menteri yang pegang sebaliknya jawatan tersebut dipegang oleh Timbalan Perdana Menteri.

"Kenyataan ini perlu diperbetulkan bagi mengelakkan timbulnya sebarang kekeliruan di kalangan masyarakat dan dalam masa sama memperbetulkan fakta yang saya bukannya Ketua Whip," tambahnya.

-UTUSAN

Usah minta ‘bukan-bukan’

SEKS oral membabitkan rangsangan seksual yang dialami lelaki atau wanita apabila anggota kelamin dirangsang dengan mulut atau lidah.

Dalam pandangan Islam, seks oral boleh dilakukan dan sesetengah ulama menyatakan tertelan air mani suami adalah makruh. Ada juga yang berpendapat ia tidak melanggar batasan aktiviti berjimak yang diharuskan dalam Islam.

Jadi, terpulang kepada anda dan pasangan untuk menimbangnya kerana paling mustahak, anda berdua tahu bahawa seks dalam perkahwinan adalah ibadah.

Suami perlu lakukan sedekah iaitu bertimbang rasa ketika hubungan intim dengan pasangan dan bukan sekadar melepaskan perasaan dan nafsu syahwat atau meminta yang bukan-bukan daripada isteri.

Jadi meminta atau menekan isteri untuk membuat sesuatu yang tidak disukainya membuatkan ‘ibadah’ suami dan sedekah suami menjadi sia-sia.


Suami perlu beri isteri masa untuk dia menunaikan perkara yang janggal untuknya dan jika dia tidak dapat lakukan kerana tidak selesa, tidak perlu lakukannya kerana banyak cara lain yang boleh memberi keseronokan kepada kedua-dua pihak.

Jika mahu mencuba cara sebegitu, anda berdua digalakkan ada dalam keadaan bersih dan suci sebelum melakukan hubungan seksual.

Nasihat untuk suami, jangan keterlaluan meminta yang bukan-bukan daripada isteri. Tuhan sudah ‘buat’ anggota kelamin untuk tujuan itu dan mungkin itu yang sepatutnya dilakukan!


Followers

Shoutbox


ShoutMix chat widget