Terkini Dan Sensasi

Koleksi Berita Semasa Dan Info Menarik

Penyokong Pas Selangor gesa parti keluar pakatan

SHAH ALAM: Sebuah kumpulan yang menggelar diri mereka sebagai Gerakan Penyokong dan Pengundi Pas Selangor mendesak parti itu keluar daripada pakatan pembangkang negeri ekoran rasa tidak puas hati terhadap pimpinan kerajaan campuran Selangor dalam memperjuangkan Islam dan bangsa Melayu sebenarnya.

Ketua kumpulan itu, Wan Hilman Abdul Rahim, berkata pihaknya merasakan rakan sekutu, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP cuba membelakangi Pas dalam membuat keputusan walaupun parti itu turut berada dalam pentadbiran kerajaan negeri Selangor.

"Kami merasakan PAS dipermainkan dan dibelakangi dalam membuat keputusan...kami tidak puas hati dengan cara kerajaan negeri Selangor menjaga rakyat, khususnya bangsa Melayu dan kepentingan Islam.

"Justeru, kami mahu Pas mengkaji semula kedudukan mereka dalam pakatan rakyat di Selangor," kata beliau kepada pemberita selepas mengadakan perhimpunan aman bersama 21 penyokong Pas bagi mendesak parti itu keluar daripada pakatan pembangkang di perkarangan pejabat perhubungan Pas Selangor dekat sini.

Sementara itu, Wan Hilman yang juga anggota Pas dari kawasan Gombak menafikan dakwaan kononnya kumpulannya didalangi Umno Selangor dan Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata, satu memorandum akan diserahkan kepada Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr Hassan Ali, esok pagi di pejabatnya di sini. - Bernama

0 comments:

Post a Comment

Ada pendapat? Sila tinggalkan komen anda.
Gunakan bahasa yang sopan.
Terima kasih.

Followers

Shoutbox


ShoutMix chat widget