Terkini Dan Sensasi

Koleksi Berita Semasa Dan Info Menarik

Ibu dirogol kenalan Internet


SUTTON, England - Polis memburu seorang lelaki yang didakwa merogol seorang wanita di depan anak lelakinya yang berusia tiga tahun selepas mereka mengatur pertemuan di Internet, lapor sebuah akhbar semalam.

Wanita itu yang berumur 23 tahun menemui lelaki tersebut yang dikenali sebagai Derek beberapa kali selepas mereka berkenalan menerusi Internet.

Pada pagi 30 September lalu, wanita itu menaiki kereta Derek ke sebuah flat dekat sini.

Semasa wanita itu minum teh, dia ditumbuk di muka oleh Derek menyebabkannya pengsan. Lelaki itu kemudian merogolnya.

Seorang jurucakap polis berkata: "Suspek itu digambarkan sebagai seorang lelaki berkulit putih berumur dalam lingkungan 40-an.

"Dia memandu sebuah kenderaan Land Rover."

Kejadian itu merupakan antara siri serangan terbaru yang berlaku selepas menemui kenalan di Internet. - Agensi

-KOSMO

0 comments:

Post a Comment

Ada pendapat? Sila tinggalkan komen anda.
Gunakan bahasa yang sopan.
Terima kasih.

Followers

Shoutbox


ShoutMix chat widget