Terkini Dan Sensasi

Koleksi Berita Semasa Dan Info Menarik

Nik Aziz harap mesyuarat khas selesai kemelut

KOTA BHARU: Mursyidul Am Pas Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berharap mesyuarat khas Pas pusat Rabu ini dapat menyelesaikan kemelut isu kepimpinan parti walaupun tiada Muktamar Agung Khas (EGM) diadakan.

Menteri Besar Kelantan itu berkata sama ada EGM ataupun mesyuarat khas Pas ia sama saja asalkan ia dapat dijadikan platform untuk menyampaikan hasratnya kepada kepimpinan parti.

"Tidak apa asalkan benda yang sama, dulu orang Arab tidak boleh ziarah kubur tapi Nabi Muhammad ubah boleh ziarah kubur," katanya selepas sidang Dewan Undangan Negeri Kelantan di Kota Darulnaim di sini hari ini.

Semalam, Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub berkata Pas tidak akan mengadakan EGM seperti yang dicadangkan Nik Abdul Aziz sebelum ini, sebaliknya mengadakan mesyuarat khas Pas pusat bagi membincangkan isu parti.

Jumaat lalu, Nik Abdul Aziz dalam blognya, www.bloktokguru.com mencadangkan supaya EGM diadakan bagi menukar ‘dua tiga kerat’ pemimpin parti itu yang bermasalah bagi membersihkan parti daripada golongan pro-kerajaan perpaduan antara PAS dan Umno yang bertentangan keputusan Muktamar Pas Jun lalu.

-METRO

0 comments:

Post a Comment

Ada pendapat? Sila tinggalkan komen anda.
Gunakan bahasa yang sopan.
Terima kasih.

Followers

Shoutbox


ShoutMix chat widget