Terkini Dan Sensasi

Koleksi Berita Semasa Dan Info Menarik

Modenas perkenal motosikal terbaru CT 110

Motosikal Dan Enjin Nasional Sdn Bhd (Modenas) memperkenalkan motosikal terbarunya, CT 110 menggunakan enjin berkuasa 110cc yang pernah digunakan pada model Kriss sebelum ini dengan sasaran menjual 2,000 unit model berkenaan sebulan.

Ketua Eksekutif Modenas, Bastamam Hamzah, berkata pelancaran model berkenaan dijangka dapat membantu syarikat mencapai sasaran jualan 60,000 unit motosikal bagi 2010, iaitu lapan peratus lebih tinggi daripada jualan keseluruhan tahun ini.

Katanya, pelancaran model GT 128 pada Mac lalu serta model CT 110, akan dapat membantu Modenas memperbaiki penguasaan pasaran keseluruhan daripada 12 peratus ketika ini kepada kira-kira 15 peratus.

"Kami berharap pengenalan CT 110 dan GT128 pada Mac lalu akan menjadi pemangkin bagi syarikat untuk terus mengorak langkah dalam memastikan Modenas sentiasa menjadi jenama pilihan ramai," katanya pada sidang media selepas melancarkan Modenas CT 110 di Shah Alam, Jumaat lalu.

Pelancarannya disempurnakan Pengerusi DRB-Hicom Bhd yang juga Pengerusi Modenas, Datuk Syed Mohamad Syed Murtaza.

Hadir sama, Pengarah Urusan Kumpulan DRB-Hicom Bhd, Datuk Seri Mohd Khamil Jamil.

Bastamam berkata, Modenas tetap akan menerus-

kan rancangannya untuk mengeluarkan motosikal dengan kapasiti yang lebih besar kerana terdapat permintaan bagi segmen sede-mikian daripada pasaran negara ini.

"Bagaimanapun, selain permintaan, kita juga perlu mengambil kira beberapa aspek lain seperti pengeluaran dan kos untuk mengeluarkan model sedemikian," katanya.

Beliau menambah, buat masa ini, syarikat lebih selesa untuk mengeluarkan model motosikal yang mendapat permintaan tinggi daripada pelanggan iaitu dalam segmen 100 hingga 110cc.

"Segmen 100 hingga 110cc kekal menjadi penyumbang tertinggi kepada jualan syarikat iaitu antara 50 hingga 55 peratus," katanya.

Bastamam menambah, model yang terhasil kali ini dilengkapi brek cakera hadapan dwipiston untuk kuasa membrek yang lebih sempurna, transmisi empat kelajuan dengan sistem gear berputar.

Katanya, model itu juga mampu menarik minat pengguna di bandar raya kerana reka bentuknya yang aerodinamik dan bergaya serta mudah dikendalikan semasa tunggangan di atas jalan raya yang sesak.

"Ia mempunyai empat warna pilihan iaitu Merah Iris, Emas Suria, Perak Sfera dan Putih Nova serta grafik terkini mampu menarik minat penunggang motosikal," katanya.

Beliau menambah, model itu dijangka mampu menepati cita rasa pengguna antara usia 18 hingga 25 tahun yang mahukan ketrampilan 'sporty' dan berani.

Harga jualan bagi model CT 110 ialah RM3,888 (penghidup tendang) dan RM4,188 (penghidup elektrik).

- BERITA HARIAN

3 comments:

mz said...

Ok gak CT100 ni, design menarik tp yg x pastinya enjin boleh tak tahan macam motor honda, yamaha n dll.

Anonymous said...

ok je..nek motor ct 110 ni...

lguana second hand said...

Saya mencari model terbaru kapcai Modenas GT150cc dgn tangki minyak boleh pergi 500km sekali isi. Sama dgn konsep tangki minyak kereta dimana walaupun tangki minyak kereta boleh isi penuh tetapi ramai pemandu isi minyak sikit saja. Ikut kemampuan tapi bila balik kampung barulah boleh isi minyak sepenuhnya, jadi tak perlulah mencari tong minyak atau botol minyak simpanan.. bergitu juga konsep motor kapcai zaman akan dtg dimana org ramai akan mengunakan sebenarnya sebuah motor untuk perbagai kegunaan, untuk harian dan perjalanan jauh.. Jadi motor itu mesti kuat, tahan ,laju berenjin besar walaupun tiada cooling system, tangki minyak besar dan simple .
Saya peminat motor Modenas.. Bermula dari Kiss 110cc dan terbaru Modenas GT128cc.. kedua2nya saya pakai… paling terbaik GT 128cc itu lah yg mantap… saya mencari motor kapcai berkuasa 150cc mcm kapcai Yamaha LC 150cc yg baru keluar tu.. Masalah utamanya tangki minyak yg terlalu sedikit utk motor saiz kapcai… Saya berharap syarikat Modenas keluarkan model kapcai GT150cc keluaran baru boleh mencipta tangki minyak terbesar dalam keluarga motor kapcai untuk perjalanan jauh.. sekurangnya 500km untuk sekali isi setangki minyak.. boleh pergi ke Kelantan atau Perlis dgn sekali isi… Ia seperti kuasa tangki minyak motor superbike yg terletak bawah tempat duduk penunggang..
Dari segi ketahanan enjin memang terbukti GT128 boleh ke London dari KL jauhnya 30,000km hebat perjalanan yg di kembara oleh En Hadi Hussein.. dan 800km yg dia bawanya tampa henti.. bayangkan ketahan dan kuasa.. bontot org pun jadi besi duduk lama2 atas motor.
Ramai yg suka motor kapcai kerana byk sebab senang bawa barang, bawa anak, tak perlu pakai clucth tangan, senang untuk kerja harian..Tapi syarikat pengeluaran tidak tahu yg motor ini juga digunakan utk perjalanan jauh. Contoh pelajar dan perantau balik kampung.. para pelajar, pekebun,org kampung pendalaman,org bandar perlukan Motor kapcai. Oleh itu Syarikat Modenas kena fikir org hanya beli sebuah motor sahaja untuk guna semua perkara.. ertinya jimat..mereka perlukan motor ringkas, senang, tahan, laju, kuasa, minyak sehebat superbike, boleh jalan jauh.
Kalau Honda Future 125cc boleh buat tangki besar siap boleh taruh helmet bawah seat.. saya rasa Modenas boleh buat lagi hebat dari itu..
Saya bayangkan saingan Yamaha LC 150cc ialah Modenas GT150cc dengan kelebihan tangki minyak terbesar dalam sejarah kapcai yg boleh pergi 500km setangki minyak.. Fuh pasti ramai yg rembat sebab bukan setakat tahan, kuasa, laju, dan dah tak perlu beli motor besar .. bayangkan para beribu ribu pelajar memilihnya utk balik ke kampung masing2..ia selamat sebab tak selaju Ninja 250cc dan superbike.
Banyak kawasan pendalaman macam Sabah dan Serawak, kampung2 bukan semua ada petrol pam..Ingat tak kenapa motor Yamaha RXZ 133cc dulu jadi lajenda dan rare pada peminatnya.. Ini adalah kerana kenangan manis mereka menunggang sebegitu jauh dgn motor itu.. motor itu memang enjin tahan sama macam Modenas GT128 … jadi Syatikat Modenas apa tunggu lagi rebutlah peluang ini, buatlah Modenas GT150cc dgn tangki minyak terbesar mcm superbike… dengan tema Tag line…”ANDA PERLU HANYA BELI SEKALI JE MOTOR TERBAIK HARIAN”..Terbaik semoga Maju terus maju

Post a Comment

Ada pendapat? Sila tinggalkan komen anda.
Gunakan bahasa yang sopan.
Terima kasih.

Followers

Shoutbox


ShoutMix chat widget