Terkini Dan Sensasi

Koleksi Berita Semasa Dan Info Menarik

Bunuh Renee kerana seks

AKTOR popular, Alec Baldwin berpendapat bahawa dia mungkin boleh membunuh Renee Zellweger jika mereka menjalin hubungan seks bersama kerana aktres itu terlalu kurus.

Alec, 51, telah mengkritik pelakon Hollywood kerana fizikal mereka dan memberitahu bahawa dia tidak mungkin dapat merakamkan babak romantik dengan kebanyakan mereka kerana dia akan membuatkan wanita-wanita itu 'cedera' teruk.

Katanya dalam nada sinis, "Wanita zaman sekarang terlalu kurus. Jika saya perlu merakamkan babak seks dengan mereka, saya akan hancurkan mereka. Jika saya perlu merakam babak itu dengan Renee, saya mungkin akan membunuh dia!"

Dia yang terlibat dalam filem My Sister's Keeper juga mengkritik jurang antara bayaran pelakon wanita dan lelaki dalam industri lakonan. Padanya, ramai pelakon lelaki dibayar terlalu tinggi seperti Tom Cruise yang mendapat AS$33 juta (RM111.5 juta) dalam masa setahun.

"Saya percaya kita boleh menyeimbangkan bayaran itu jika Tom Cruise boleh merendahkan bayarannya. Saya sedar perkara ini mungkin tidak begitu adil bagi Tom dan saya tidak mahu meletakkan tanggungjawab ini kepada seorang aktor.

"Tapi jika pengurangan gaji perlu dibuat, ia perlu bermula dengan Tom. Saya boleh memastikan bahawa gaji saya tidak akan membuat sebarang perbezaan," kata Alec semasa menghadiri majlis tahunan majalah Elle

-KOSMO

0 comments:

Post a Comment

Ada pendapat? Sila tinggalkan komen anda.
Gunakan bahasa yang sopan.
Terima kasih.

Followers

Shoutbox


ShoutMix chat widget