Terkini Dan Sensasi

Koleksi Berita Semasa Dan Info Menarik

Guru berbogel untuk laman lucah


WELLINGTON - Seorang guru New Zealand, Rachel Whitwell (gambar) bakal berdepan tindakan disiplin selepas dia muncul di dalam laman web sebuah majalah bogel, lapor sebuah akhbar semalam.

Dia yang mengajar di sebuah sekolah rendah di Otara, utara Auckland kini disiasat oleh Majlis Guru New Zealand setelah gambar-gambarnya dalam keadaan bogel disiarkan.

Whitwell menggunakan nama manja Lexy dan sebanyak enam keping gambar yang menunjukkan dia dalam keadaan mengghairahkan disiarkan dalam laman itu.

"Saya berusia 26 tahun ialah seorang guru yang masih bujang dan berasal dari New Zealand serta berhasrat untuk menyertai bidang model," katanya dalam laman tersebut.

Guru itu turut mendakwa pernah menulis beberapa buah cerita lucah untuk sebuah majalah bogel dan mengendalikan sebuah studio tarian tiang miliknya.

Pengarah Majlis Guru New Zealand, Peter Lind berkata, Whitewell masih merupakan seorang guru yang berdaftar sehingga September 2011.

Namun, dia kini bercuti mengajar dengan alasan untuk membesarkan seorang anak perempuannya. - Agensi

-KOSMO

0 comments:

Post a Comment

Ada pendapat? Sila tinggalkan komen anda.
Gunakan bahasa yang sopan.
Terima kasih.

Followers

Shoutbox


ShoutMix chat widget