Terkini Dan Sensasi

Koleksi Berita Semasa Dan Info Menarik

TPM arah ADUN Kota Siputeh hadir DUN


ALOR SETAR - Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam mengarahkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan Kota Siputeh, Datuk Abu Hasan Sarif menghadiri sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) negeri itu yang dijadualkan Selasa ini.

Katanya, walaupun Speaker DUN, Datuk Dr. Abdul Isa Ismail menganggap Abu Hasan hilang kelayakan sebagai wakil rakyat, namun Barisan Nasional (BN) memegang prinsip apa yang diputuskan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bahawa tiada berlaku kekosongan kerusi DUN Kota Siputeh dan Abu Hasan adalah wakil rakyat BN yang sah.

"Abu Hasan masih ahli Yang Berhormat secara sah dan Speaker (DUN) tidak boleh menghalang beliau dari menghadiri sidang dewan itu," katanya kepada pemberita selepas melawat mangsa banjir di Sekolah Kebangsaan Gunung di sini.

Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd. Yusof ketika dihubungi berkata, Abu Hasan layak mengikuti sidang DUN kerana beliau masih merupakan wakil rakyat yang sah.

"Keputusan Speaker DUN yang tidak membenarkan Abu Hasan menghadiri sidang adalah bercanggah dengan keputusan yang dikeluarkan SPR sebelum ini," katanya.

-KOSMO

0 comments:

Post a Comment

Ada pendapat? Sila tinggalkan komen anda.
Gunakan bahasa yang sopan.
Terima kasih.

Followers

Shoutbox


ShoutMix chat widget