Terkini Dan Sensasi

Koleksi Berita Semasa Dan Info Menarik

Isu remeh tidak gugat hubungan dua negara


PUTRAJAYA - Malaysia dan Indonesia tidak akan membiarkan isu-isu remeh yang dibangkitkan sesetengah pihak untuk menggugat hubungan di antara kedua-dua negara tetapi akan terus berusaha mengukuhkan hubungan erat dua hala yang sedia terjalin, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Bercakap pada satu sidang akhbar bersama dengan Presiden Indonesia, Susilo Bambang Yudhoyono di sini semalam, Najib berkata, sementara ada pihak-pihak tertentu yang mahu menimbulkan masalah dalam hubungan di antara kedua-dua negara, hakikatnya pemimpin Malaysia dan Indonesia mempunyai hubungan yang akrab.

"Meskipun kita mempunyai beberapa isu yang tertangguh, ia tidak seharusnya menjadi keutamaan yang melebihi perkara-perkara baik yang dilakukan kedua-dua kerajaan untuk mengukuhkan hubungan. Kita mempunyai hubungan tradisional yang akrab seperti kunjungan antara pemimpin Indonesia ke Malaysia dan sebaliknya.

"Kita sedang melihat kepada interaksi lebih erat antara institusi seperti media dengan media, Parlimen dan Parlimen serta pertubuhan bukan kerajaan dengan badan bukan kerajaan," katanya.

Menurut Perdana Menteri, beliau yang mengadakan pertemuan empat mata dengan Susilo juga mahu program belia antara kedua-dua negara ditingkatkan manakala kerjasama ekonomi terus diperluaskan. - Bernama

-KOSMO

0 comments:

Post a Comment

Ada pendapat? Sila tinggalkan komen anda.
Gunakan bahasa yang sopan.
Terima kasih.

Followers

Shoutbox


ShoutMix chat widget