Terkini Dan Sensasi

Koleksi Berita Semasa Dan Info Menarik

Lima beranak minum racun


KLANG - Seorang wanita bersama empat anaknya nekad meminum racun rumpai akibat terlalu sedih dengan kematian adik lelakinya, seorang suspek kes jenayah yang mati ditembak polis baru-baru ini.

Suri rumah, R. Sheetha, 32, bersama tiga anak perempuannya iaitu M. Darsini, M. Usarani, dan M. Navina serta seorang anak lelaki, M. Kugan, masing-masing berumur antara tiga dan lapan tahun ditemui dalam keadaan tenat selepas meminum racun rumpai di rumah mereka di Jalan Batu 1/2, Jalan Kapar, dekat sini pukul 8.30 pagi semalam.

Kejadian itu disedari oleh adik perempuan Sheeta, R. Parvathy, 31, yang tinggal berhampiran rumah mereka dan membawa anak-beranak itu ke Klinik Kesihatan Kapar di sini tetapi kesemuanya kemudian dikejarkan ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) di sini setelah berada dalam keadaan kritikal.

Bapa Sheetha, R. Ramphaty, 61, ketika ditemui di HTAR berkata, Sheetha dirawat di Wad Kritikal manakala Darsini dan Kugan dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU). Usarani dan Navina pula dirawat di Wad Kanak-Kanak hospital itu.

Dalam kejadian Ahad lalu, polis menembak mati lima penjenayah, termasuk ketua Geng PCO Boy yang dipercayai dalam perjalanan untuk melakukan samun di Sungai Keramat, Jalan Kapar, Klang Utama di sini.

Rampathy berkata, Sheeta sangat rapat dengan adiknya, salah seorang daripada lima penjenayah yang mati ditembak, namun tidak menyangka Sheeta nekad mengajak anak-anaknya minum racun rumpai kerana tidak dapat menerima hakikat bahawa adik lelakinya itu telah mati.

"Saya marah dan bertanya kepada Sheetha mengapa meminum racun bersama cucu saya.

"Sheetha sering menatap gambar adiknya dan saya pernah terdengar dia kata pada empat orang anaknya bahawa jika mereka ingin berjumpa dengan pak cik mereka, hanya dengan minum racun mereka akan dapat bertemu semula," katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Klang, Asisten Komisioner Mohamad Mat Yusop mengesahkan kejadian dan memaklumkan siasatan berhubung kes mengikut Seksyen 309 Kanun Keseksaan iaitu cuba membunuh diri.

-KOSMO

1 comments:

mier@merr said...

ayoyo...amma..apasal tara telan itu racun tikus juga...??? huhu... macam2 la dorg ni..x pk pjg...

Post a Comment

Ada pendapat? Sila tinggalkan komen anda.
Gunakan bahasa yang sopan.
Terima kasih.

Followers

Shoutbox


ShoutMix chat widget