Terkini Dan Sensasi

Koleksi Berita Semasa Dan Info Menarik

Lepas banjir kini diancam taun


KUALA LUMPUR - Masalah datang silih berganti di Terengganu apabila penduduk yang lega kerana banjir telah pulih kini terpaksa pula berhadapan dengan ancaman wabak taun yang sudah menjangkiti 158 mangsa dengan satu kematian.

Bimbang wabak itu menular di luar kawalan, pihak berkuasa telah memperketatkan pemantauan kesihatan selepas menerima sehingga 50 kes cirit-birit sehari di hospital seluruh negeri sejak Jumaat lalu walaupun tidak semuanya disahkan sebagai taun.

Kawasan paling teruk dilanda wabak ialah Kuala Terengganu sehingga mendorong pihak berkuasa menutup 11 premis termasuk lima kilang air batu.

Wabak itu lebih mudah menyerang mangsa yang suka menikmati makanan dan minuman sejuk di mana bakteria taun mudah merebak.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Mohd. Ismail Merican dalam kenyataannya semalam menjelaskan, kesemua mangsa telah dimasukkan ke hospital untuk rawatan.

-KOSMO

0 comments:

Post a Comment

Ada pendapat? Sila tinggalkan komen anda.
Gunakan bahasa yang sopan.
Terima kasih.

Followers

Shoutbox


ShoutMix chat widget