Terkini Dan Sensasi

Koleksi Berita Semasa Dan Info Menarik

Akta Sewa Beli akan dipinda

KUALA LUMPUR - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) akan meminda Akta Sewa Beli ekoran berlakunya banyak tindakan keterlaluan oleh pihak bank terhadap pengguna yang gagal melunaskan hutang ansuran kenderaan mereka.

Menterinya, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, pindaan akta itu perlu dilaksanakan kerana Akta Sewa Beli sedia ada memberi terlalu banyak kebebasan kepada bank sehingga melakukan tindakan dengan mengenakan pelbagai caj kepada pengguna yang gagal melunaskan hutang ansuran mereka.

"Sebagai contoh, apabila bank bertindak menarik kereta pengguna yang gagal melunaskan hutang ansuran mereka seperti yang ditetapkan dalam perjanjian sewa beli, pengguna akan menghadapi pelbagai bayaran untuk menuntut semula kereta mereka.

"Antaranya ialah bayaran upah tarik kereta, bayaran tuntutan semula dan bayaran untuk menyimpan kereta pengguna," katanya selepas menghadiri mesyuarat antara KPDNKK dan 40 wakil daripada badan bukan kerajaan (NGO) persatuan pengguna di sini semalam.

-KOSMO

0 comments:

Post a Comment

Ada pendapat? Sila tinggalkan komen anda.
Gunakan bahasa yang sopan.
Terima kasih.

Followers

Shoutbox


ShoutMix chat widget