Terkini Dan Sensasi

Koleksi Berita Semasa Dan Info Menarik

Kelantan congak gelaran treble


PERSATUAN Bola Sepak Kelantan (Kafa) meletakkan sasaran menjuarai tiga piala dalam saingan Liga Malaysia (Liga M) musim depan.

Presidennya, Tan Sri Annuar Musa berkata, sasaran tersebut disandarkan kepada kejayaan Kelantan melangkah ke final Piala Malaysia musim ini selain muncul naib juara Piala FA.

Katanya, peluang Kelantan mencipta sejarah dengan menjulang Piala Malaysia, Piala FA dan menjuarai Liga Super musim depan agak cerah.

"Bagi tujuan tersebut, Kafa akan membentuk sebuah pasukan yang terkuat bagi menghadapi saingan musim depan," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis Penyerahan 1,001 Tiket Kepada Tetamu Kafa sempena perlawanan akhir Piala Malaysia 2009 di Wisma Sukan, Kota Bharu semalam.

Kelantan akan bertemu dengan Negeri Sembilan pada perlawanan akhir Piala Malaysia di Stadium Nasional, Bukit Jalil, Sabtu ini.

Pada masa yang sama, Annuar berkata, Kafa mengisyatiharkan Tahun 2010 sebagai Tahun Bola Sepak Negeri Kelantan.

Jelasnya, beberapa program akan disusun di seluruh negeri sepanjang tahun depan.

"Kafa juga akan menganjurkan ceramah, seminar dan forum berkaitan dengan bola sepak.

"Kafa mengharapkan program yang dirancang mendapat sokongan dan kerjasama kerajaan negeri," ujarnya.

-KOSMO

0 comments:

Post a Comment

Ada pendapat? Sila tinggalkan komen anda.
Gunakan bahasa yang sopan.
Terima kasih.

Followers

Shoutbox


ShoutMix chat widget