Terkini Dan Sensasi

Koleksi Berita Semasa Dan Info Menarik

Beku ambil pekerja Bangladesh kekal

PORT OF SPAIN 29 Nov. - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, Malaysia tidak bercadang mengkaji semula sekatan pengambilan pekerja dari Bangladesh walaupun terdapat permintaan daripada pemimpin negara itu.

Menurutnya, sekatan itu dilakukan bagi mengelak ejen pekerja asing menyalahgunakan kedudukan sehingga ramai pekerja Bangladesh menjadi mangsa setelah mereka menjual harta dan ternakan untuk membiayai perjalanan ke Malaysia.

"Penipuan seperti inilah yang kita ingin elakkan. Mereka minta sekatan dikaji semula tetapi mereka faham dalam keadaan sekarang sukar untuk kita menambah pekerja asing," katanya.

Beliau menyatakan demikian kepada wartawan Malaysia selepas mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri Bangladesh, Sheikh Hasina yang turut menghadiri Mesyuarat Ketua-Ketua Kerajaan Komanwel (CHOGM) di sini hari ini.

Sebelum ini, Kaunselor Buruh Bangladesh, Talat Mahmud Khan dilaporkan berkata, 70,000 pekerja Bangladesh yang memiliki visa dijangka tiba di Malaysia untuk bekerja dalam sektor perladangan, pembinaan dan perkhidmatan.

Bagaimanapun, kerajaan membatalkan serta-merta visa kemasukan tersebut yang diluluskan pada 2007 bagi mengelak kemasukan pekerja asing itu kerana tiada keperluan.

Perdana Menteri berkata, Sheikh Hasina berpuas hati dengan hubungan dua hala dan perdagangan yang memihak Malaysia melalui pelaburan syarikat tempatan di Bangladesh.

-UTUSAN.

0 comments:

Post a Comment

Ada pendapat? Sila tinggalkan komen anda.
Gunakan bahasa yang sopan.
Terima kasih.

Followers

Shoutbox


ShoutMix chat widget