Terkini Dan Sensasi

Koleksi Berita Semasa Dan Info Menarik

Ulasan Buku: Pendidikan seks dalam Islam

Tajuk: Tanggungjawab Pendidikan Seks Menurut Islam

Penulis: Dr Abdullah Naseh Ulwan terjemahan Ahmad Hassan Mohd Nazam dan Mohd Nizam Mohd Ali

Penerbit: Yamani Angle Sdn Bhd

Cetakan: Pertama

Harga: RM20.00 (Semenanjung) RM22.00 (Sabah dan Sarawak)


Muka Surat: 171 muka surat

NALURI seks diciptakan Tuhan kepada manusia adalah sesuatu yang mulia dan mengandungi hikmah tersendiri.

Nafsu seks yang tersembunyi ini menyebabkan manusia terus kekal di muka bumi selain meramaikan umat Nabi Muhammad S.A.W.

Islam menggariskan kaedah terperinci dan halus bagaimana manusia dapat melaksanakan tanggungjawab kekeluargaan.

Ini termasuk adab bertunang, perkahwinan sehinggalah kepada adab mengadakan hubungan kelamin.

Buku ini menerangkan sebahagian peraturan serta adab dalam Islam memandangkan permasalahan seks serta dorongan syahwat bersifat semula jadi.

Pendidikan seks penting bagi memberi kesedaran serta berterus terang dengan anak berkenaan permasalahan berhubung kait dengan seks, rangsangan dan apa-apa yang bersangkut paut dengan perkahwinan.

Pendidikan seks perlu diberi fokus utama mengikut empat peringkat usia iaitu tahap sekitar usia lapan hingga 10 tahun (mumaiyiz) iaitu dengan mengajar adab meminta izin dan adab pandangan.

Pada tahap usia 10 hingga 14 tahun (remaja), anak perlu dijauhi daripada sebarang perkara yang boleh menimbulkan rangsangan manakala usia 14 hingga 16 tahun (usia akil baligh), anak perlu diajar adab berkaitan hubungan seksual sekiranya mereka sudah bersedia mendirikan rumah tangga.

Usia selepas akil baligh (belia atau dewasa), anak-anak perlu diajar bagaimana menjaga kehormatan diri.

Kebimbangan terhadap pelbagai masalah sosial terutama dengan bertambahnya bilangan kes pembuangan bayi, anak luar nikah, pembabitan remaja dalam aktiviti seks bebas adalah berpunca daripada dorongan syahwat yang disalurkan bukan pada waktu yang sesuai.

Justeru, ibu bapa serta pendidik perlu meningkatkan kesedaran bagi melakukan islah (perubahan), mendidik dan mempersiapkan anak-anak mereka daripada terjebak dengan perkara yang boleh merangsang syahwat.

-METRO

0 comments:

Post a Comment

Ada pendapat? Sila tinggalkan komen anda.
Gunakan bahasa yang sopan.
Terima kasih.

Followers

Shoutbox


ShoutMix chat widget