Terkini Dan Sensasi

Koleksi Berita Semasa Dan Info Menarik

Sheikh Muszaphar kahwin 101010

KUALA LUMPUR - Angkasawan Negara, Datuk Dr. Sheikh Muszaphar Shukor Al-Masrie (gambar) mengumumkan bahawa beliau akan berkahwin pada 10 Oktober 2010 yang juga dikenali sebagai 101010.

"Insya-Allah, jika semua berjalan lancar, saya akan berkahwin pada 10 Oktober 2010," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan taklimat motivasi kepada para pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia dalam suatu program anjuran Kolej Perubatan Sains Perubatan (ACMS) di sini semalam.

Secara kebetulan beliau juga berlepas ke stesen angkasa pada 10 Oktober iaitu pada 2007.

Beliau sebelum ini memaklumkan kepada pihak media bahawa majlis pertunangannya dengan Dr. Halina Yusof yang bertugas di Hospital Selayang akan berlangsung pada 1 Januari ini.

Majlis pertunangan itu akan diadakan di Hotel Allson Kelana, Seremban, Negeri Sembilan.

-KOSMO

0 comments:

Post a Comment

Ada pendapat? Sila tinggalkan komen anda.
Gunakan bahasa yang sopan.
Terima kasih.

Followers

Shoutbox


ShoutMix chat widget