Terkini Dan Sensasi

Koleksi Berita Semasa Dan Info Menarik

Hospital nafi doktor dan kakitangan terbabit sindiket jual bayi

KLANG: Selepas nama Hospital Metro Maternity di Jalan Pasar di sini dikaitkan dengan kes sindiket penjualan bayi yang ditumpas polis

baru-baru ini, hospital itu hari ini tampil memberi penjelasan dan menafikan doktor dan kakitangannya terlibat dalam kes itu.

Ketua Jabatan Perbidanan dan Sakit Puan hospital itu, Dr Tee Swi Peng,

berkata siasatan yang dilakukan pihaknya selepas nama hospital itu tersiar dalam akhbar tempatan baru-baru ini menunjukkan enam doktor dan kakitangannya tidak terbabit dalam kes itu.

"Pihak hospital memang menerima ramai pesakit yang ingin bersalin di hospital ini sama ada rakyat tempatan atau asing tetapi kami tidak tahu bayi yang dilahirkan di hospital kami adalah untuk dijual atau sebaliknya malah wanita yang disebut sebagai ''auntie'' itu pun kami tidak pernah nampak di hospital kami," katanya pada sidang akhbar di sini, hari ini.

Beliau berkata, faktor kos bersalin yang agak murah dan rawatan terbaru iaitu kaedah IVF (In Vitro Fertilization) yang dilakukan hospital itu mungkin menjadi pilihan orang awam, namun tidak bermakna hospital terbabit dalam kes sedemikian.

Ketika ditanya mungkin ada di kalangan doktor separuh masa di hospital itu

yang terbabit, Dr Tee berkata pihaknya sedang menyiasat.

Beliau berkata, pihaknya sedia memberi kerjasama penuh kepada polis dalam

menjalankan siasatan.

Hospital itu yang mempunyai sebuah lagi cawangan di Banting, Selangor

difahamkan mengenakan bayaran yang agak rendah untuk kos bersalin iaitu antara RM1,000 ke RM1,200.

"Buat masa sekarang kami tidak akan mengambil sebarang tindakan

undang-undang terhadap mana-mana pihak sehingga siasatan polis selesai,"

katanya.

Beliau berkata, selepas kes itu terbongkar, pihaknya kini memperketat

pendaftaran masuk pesakit.

"Jika sebelum ini kami terima semua pesakit kecemasan tetapi selepas

kejadian ini kami akan memperketat pendaftaran masuk pesakit," katanya.-Bernama

-METRO

2 comments:

enyheartsdiamond said...

doktor..doktor..haish!

detektif cyber said...

jual bayi jual bayi,kan elok jual sate...enak lagi sedap...ape pekdah jual bayi tuh..kesian kesian kesian(kata ipin)

Post a Comment

Ada pendapat? Sila tinggalkan komen anda.
Gunakan bahasa yang sopan.
Terima kasih.

Followers

Shoutbox


ShoutMix chat widget