Terkini Dan Sensasi

Koleksi Berita Semasa Dan Info Menarik

Bekas aktres lucah tak minat seks


NEW YORK - Pelakon filem lucah terkenal, Evan Seinfeld menyatakan bekas isterinya yang pernah menjadi pelakon lucah, Tera Patrick enggan melakukan hubungan seks semasa mereka bergelar suami isteri, lapor beberapa buah akhbar semalam.

Pendedahan itu dibuat selepas isterinya mendakwa keengganan suaminya itu bersara dalam industri filem lucah sebagai punca keruntuhan rumah tangga mereka pada September lalu.

Tera, 33, yang mempunyai ibu keturunan Thailand merupakan pelakon filem lucah yang terkenal sebelum dia bersara kerana berkahwin dengan Evan pada 2004.

"Kami bangga menjadi pasangan suami isteri pertama yang berlakon dalam filem lucah tetapi pada hakikatnya, Tera benci industri ini. Dia bukan berminat dengan seks dan kami tak pernah melakukan seks semasa berkahwin," katanya.

Masalah rumah tangga mereka itu mendapat liputan banyak majalah dan media di Amerika Syarikat (AS).

Evan, 41, menjelaskan dia tidak mementingkan industri filem lucah berbanding isterinya itu semasa mereka hidup bersama.

Namun, katanya, perkahwinan itu menghadapi banyak masalah dan bukannya seperti apa yang didakwa oleh Tera. - Agensi

-KOSMO

0 comments:

Post a Comment

Ada pendapat? Sila tinggalkan komen anda.
Gunakan bahasa yang sopan.
Terima kasih.

Followers

Shoutbox


ShoutMix chat widget