Terkini Dan Sensasi

Koleksi Berita Semasa Dan Info Menarik

Pitt mahu cari motosikal baru


TOKYO - Aktor terkenal, Brad Pitt mahu mencari motosikal baru semasa berada di bandar raya ini bagi promosi filem terbarunya Inglourious Basterds.

Sebelum ini motosikal Pitt rosak selepas dia terlibat dalam kemalangan ketika cuba menggelak dirinya diekori oleh sekumpulan paparazi pada bulan lalu.

"Saya mengalami kemalangan kecil. Tidak ada apa yang cedera kecuali ego saya.

"Saya cuba mengelak daripada paparazi tetapi akhirnya mereka mendapat berita yang baik (berita kemalangan Pitt). Sedih betul kerana saya sangat sayangkan motosikal itu," katanya semalam yang merupakan kekasih aktres Angelina Jolie.

"Saya pasti akan mencari sebuah motosikal baru. Jepun mempunyai sejumlah pengeluar motosikal yang baik," kata Pitt. - Agensi

-KOSMO

0 comments:

Post a Comment

Ada pendapat? Sila tinggalkan komen anda.
Gunakan bahasa yang sopan.
Terima kasih.

Followers

Shoutbox


ShoutMix chat widget